26.8.21

Kerberos: Topeng

Tepat jam enam pagi.

Pengera jam berbunyi panjang. Selepas tiga kali meletakkan jamnya dalam mod tunda, Komeng bangkit ke kamar mandi. Rutin harian menanti dirinya pabila terbit mentari. Dunia masih luas untuk dia terokai.

Usai segala, sisa terakhir milo yang dibancuhnya sebentar tadi dihirup perlahan.

Sebelum keluar. Komeng perhatikan biliknya. Perhatikan keadaan yang akan dia tinggalkan. Mencari jika ada sesuatu yang tertinggal. 

"Seperti tiada apa", katanya dihati. Seraya pintu biliknya dikatup rapat.

Baru saja hendak menyarung sepatu. Dia berhenti, benak fikiran teringatkan sesuatu. Sesuatu yang tidak sempurna jika keluar tanpanya. Gegas dia berlari kebilik. Dibukakan pintu. Dicapai dan dipakainya. Dilihatnya di cermin, jelas wajah dengan senyuman kebahagian.

Tapi menyorok sugul dibelakang topengnya.