posted from Bloggeroid
26.2.12
21.2.12
...
Aku tidak mencari kesempurnaan. Sebab aku tahu, aku faham. Sempurna itu tidak pernah lengkap.
Tidak pernah cukup.
Tidak pernah cukup.
posted from Bloggeroid
19.2.12
18.2.12
Kasta
Dihari itu, panda panda pun bergayutan. Ada yang bergembira, ada yang bermain dam.
'Pssst..pssst. Kalau buat maggi ni, letak yang mana dulu. Ini apa. Ini apa. Bila nak letak air', kedengaran dari celah riuh rendah.
'Erk..letaklah rencah dulu. Baru letak air. Baru rasa rencah tu kat maggi'.
'Sorry, I tak pernah buat sendiri maggi macam ni'.
PAP. Kedengaran bunyi facepalm dari celah celah pohon buluh.
'Pssst..pssst. Kalau buat maggi ni, letak yang mana dulu. Ini apa. Ini apa. Bila nak letak air', kedengaran dari celah riuh rendah.
'Erk..letaklah rencah dulu. Baru letak air. Baru rasa rencah tu kat maggi'.
'Sorry, I tak pernah buat sendiri maggi macam ni'.
PAP. Kedengaran bunyi facepalm dari celah celah pohon buluh.
posted from Bloggeroid
15.2.12
Tika.
Kalau aku simpan dalam hati. Kunci. Balut ketat ketat. Lempar kunci ke dasar laut. Biar aku saja yang tahu. Aku pasti ianya bukan begini.
posted from Bloggeroid
Tiada
Berapa lama dahulu batuk itu hilang. Suara gema televisyen juga
tiada. Semua jadi curiga. Ada manusia yang prihatin memberi salam niat bertanya
khabar.
Ditemui sekujur tubuh di baringan. Tiada lagi nafas. Tapi
tiada siapa untuk dikhabarkan.
Begitu jugakah caranya mati aku nanti?
posted from Bloggeroid
14.2.12
Helah
HAHAHA... Hilai ketawanya kuat. Ketawanya mengejek. Dipegangnya perut sendiri sambil mata berair. Tidak pasti apa yang kelakar.
Dia geram. Muka disembam ke tilam. Bantal diserkup ke atas kepala. Malas dengar ejekan dan hilai tawanya.
Dia geram. Muka disembam ke tilam. Bantal diserkup ke atas kepala. Malas dengar ejekan dan hilai tawanya.
Tawa mengejeknya berterusan. Selagi dia belum lelap.
posted from Bloggeroid
12.2.12
Kata II
Pada suatu hari, panda panda pun bergayutan diharitu. Ada yang menari. Ada yang bersawah.
'Panda, kita kalau nak mulakan apa apa, biarlah dari usia muda. Jangan kisah kerja berat diwaktu muda. Sementara badan masih kuat dan gagah.', kedengaran suara di balik pohon buluh.
Angin sepoi sepoi bahasa berlalu.
'Terima kasih kerana buat aku ralat', kotak dialog tanda dalam fikiran juga muncul dari balik pohon buluh.
Suasana kembali hiatus.
'Panda, kita kalau nak mulakan apa apa, biarlah dari usia muda. Jangan kisah kerja berat diwaktu muda. Sementara badan masih kuat dan gagah.', kedengaran suara di balik pohon buluh.
Angin sepoi sepoi bahasa berlalu.
'Terima kasih kerana buat aku ralat', kotak dialog tanda dalam fikiran juga muncul dari balik pohon buluh.
Suasana kembali hiatus.
posted from Bloggeroid
Kata
Pada suatu hari, panda panda pun bergayutan haritu. Ada yang bekerja. Ada yang bergembira.
'Panda, cuba kau fikir... Si panda cinta itu tak semestinya memilih engkau sebagai teman walau pun dia belum berpunya. Ngerti!!', kedengaran di balik pohon pohon buluh.
Angin sepoi sepoi bahasa lalu. Suasana kembali sunyi.
'Panda, cuba kau fikir... Si panda cinta itu tak semestinya memilih engkau sebagai teman walau pun dia belum berpunya. Ngerti!!', kedengaran di balik pohon pohon buluh.
Angin sepoi sepoi bahasa lalu. Suasana kembali sunyi.
posted from Bloggeroid
11.2.12
Kekal
Aku faham tiada yang kekal. Aku pernah silap aturan yang menampakkan lagi maksud sementara. Tiada yang paling celaka bila dunia angan hilang.
Baiklah, aku baru nak mula hidup.
Baiklah, aku baru nak mula hidup.
posted from Bloggeroid
10.2.12
Projek
Apa yang aku buat, aku bagi nama 'projek 10 tahun'. Jadi dah namanya sepuluh tahun. Kenalah aku sabar bukan?
Tapi, belum cukup!
Tapi, belum cukup!
posted from Bloggeroid
7.2.12
Dongeng
Kalaupun hidup ini semacam fairy tales yang ada happy ending tu, watak aku ialah dark wizard yang kalah dan mati di akhir cerita.
Bahagia itu untuk orang lain.
posted from Bloggeroid
2.2.12
mati
makin hampir dengannya. dia pasti, itulah kriptonitenya.
badannya lemah. komeng rebah.
semalam...
'kau buat apa komeng', soal panda dari celah bunyian mesin mesin.
'ini', sambil diangkat komeng hati besi buatannya sendiri. besi dari tahi bintang yang gugur semalam.
disumbatnya ke dalam dada yang tersedia dengan belahan. darah meleleh keluar dari belahan dadanya. dia berjaya. hatinya sekarang tiada lembut lagi.
badannya lemah. komeng rebah.
semalam...
'kau buat apa komeng', soal panda dari celah bunyian mesin mesin.
'ini', sambil diangkat komeng hati besi buatannya sendiri. besi dari tahi bintang yang gugur semalam.
disumbatnya ke dalam dada yang tersedia dengan belahan. darah meleleh keluar dari belahan dadanya. dia berjaya. hatinya sekarang tiada lembut lagi.
1.2.12
kesumat viii: ...
komeng
membelek calendar yang tergantung didinding. terkumat kamit mulut sambil tangan
mengira. panda memerhati gelagat komeng sambil tersengih. dalam fikirannya,
barangkali komeng mengira hari untuk berpuasa sedangkan dia tahu lagi lapan
bulan ramadhan akan tiba.
‘panda!! malam
ini temani aku menjemput duan…’ mata komeng terpaku pada panda, mengharapkan
jawapan.
‘eh, duan
pulang malam ni ke komeng?’, panda bertanya untuk mempastikan komeng tidak
silap.
‘yelah sengal,
baguslah dia pulang. banyak perkara yang perlu kita bereskan di kampung kita
ni, aku sudah tak tahan. dengan duan kita berharap’. komeng menarik nafas.
‘baiklah...aku
setuju, petang ni biar aku sediakan sampan dahulu. nanti malam tidaklah kita
tergapai dalam gelap. engkau sediakan jamung, hulu sungai tu gelap.’ arah
panda.
‘dah tu apa
lagi?’ tanya komeng. ‘geraklah sekarang’. nada sinis dari komeng.
panda
tersenyum, mukanya merah terkena sarkastism muka komeng.
++++
memang,
semenjak duan merantau. kampung mereka tidak pernah aman. mirajane yang
dinikahi azmil meninggal ketika beranak sulung. ardi juga hilang tanpa khabar
berita. penduduk tidak lagi keluar
malam. mereka semua tidak mahu bertemu lembaga hitam yang digembar gemburkan.
bukannya
sekali kejadian bertembung atau dikacau itu berlaku. anak pak mael hujung
kampung, masih lagi tidak boleh bercakap. mulut masih berbuih biar pun masuk
tiga bulan peristiwa dia dijumpai di tepi kali. menggeletar dan mata tidak
berkelip. begitu juga budak budak yang balik mengaji. harapkan diulang alif ba
ta sehinggalah seorang daripada mereka dirasuk ketika pulang dari rumah tok
imam muda.
anak anak muda
yang nak tunjuk hero sahaja keluar malam. menjadi kutu embun. tapi yang
hairannya, belum pernah geng geng sikutu embun yang dikepalai manaf terserempak
dengan lembaga hitam itu. mungkin mereka itu sendiri lebih hantu dari hantu.
yang baiknya,
anak anak muda inilah yang menjumpai mangsa lembaga hitam disekitar kampung
mereka. rosmanah yang patah tengkuk, antuya yang menjadi cebisan daging.
sebenarnya tak banyak. tiga sahaja kes kematian misteri. satu lagi samsiah, kes
bunuh diri katanya orang kampung. mayatnya tergantung di pokok petai.
tapi kes
samsiah, tiada siapa yang tahu perkara sebenar. emmangnya dia yang membunuh
diri. dia malu dengan rakan rakan gossip di tangga rumah akak kiah. siapa tidak
tahu dia sukakan rahman rimau sehingga sanggup menyerahkan tubuhnya untuk
rahman rimau. untunglah rahman rimau. tapi selepas diketahui rahman rimau itu
tidak punya hati kepadanya. terus keputusan itu yang diambilnya.
cerita itu
tidaklah pula heboh ke kampung seberang. mahu menutup malu yang berlaku di
kampung mereka.
++++
dari celah
kegelapan malam perahu komeng dan panda melabuh di jeti. duan melompat naik.
sejenak dia berhenti.
‘haish’, keluh
duan. ‘apa dah jadi ni’, sambung dia lagi sambil melangkah laju meninggalkan
panda dan komeng menambat perahu di jeti.
panda kaget
ditinggalkan duan. dia tahu duan merasakan sesuatu bila dia jejak kaki di jeti
kampung mereka. duan bukannya calang calang orang. dia nampak apa yang orang
lain tak nampak. hijabnya mungkin terbuka
semasa lahir. ilmu didadanya lebih besar dari dada arwah rosmanah. besar
harapan panda dan komeng untuk duan membersihkan kampung mereka.
‘oit panda,
janganlah tinggal aku... seramlah.. ‘, sambil melompat komeng ke jeti.
‘apalah engkau
ni komeng, muka ganas..kata hati besi., sekarang seram. apa kes?’, sindir panda
seperti membalas dendam kata kata sarkastik komeng siang tadi.
‘engkau tak
rasa ke panda’, komeng bertanya.
‘sudahlah
komeng, jom ikut duan tu... dah jauh kita ditinggal dia ni, aku pun naik seriau
juga dengan angin sempoi bahasa ni’. akui panda sambil mereka berdua melangkah
pantas menghilangkan diri di celah gelap dari tebing sungai.
++++
seperti
dijangka, duan terus ke rumah tok ketua. seolah dia tahu tok ketua baru lepas
disampuk semalam. diam seribu bahasa semenjak dijumpai geng manaf di pinggir
kawasan kubur.
‘minta maaf
ardi, aku nak masuk jenguk tok ketua’, duan meminta izin dari ardi yang duduk
ditangga rumah tok ketua. duan tidak mahu berbual panjang. mungkin dia
mengetahui yang jika dibiarkan tok ketua sedemikian rupa, maut jawabnya.
kepala duan
secara automatik digeleng apabila melihat keadaan tok ketua.
‘teruk ni,
bawakan aku air kosong’, terus terpacul dari mulut duan.
lagaknya
seperti bersilat. air kosong di tiupnya. dipercikkan ke badan tok ketua.
mulutnya kumat kamit.
‘syukur, nasib
baik sempat’, selepas setengah jam dia melakukan upacara yang disaksikan ardi
dan beberapa pengikut rapat tok ketua.
‘kau kenapa?’,
tanya duan kepada ardi apabila melihat ardi tersenyum seorangan di tangga.
++++
‘salam tok!!’,
sapa panda menyertai bulatan dirumah tok ketua. tok ketua kelihatan makin
sedar. tanpa dipelawa, panda terus meneguk air kopi yang terhidang. memang
dahaga barangkali.
‘ehem,
panda..~’, sapa duan lembut.
‘yer duan,
sorilah , aku memang dahaga.. engkaulah tinggalkan aku dengan komeng tadi.
mengah tau kejar kau’.
‘yelah, aku
tahu, tapi urusan kat sini lagi penting’.
‘tau takpe’,
panda sinis.
‘maafkan aku,
tapi aku nak tanya sikit ni?’ duan mengesot sedikit menghampiri panda.
‘ape dia.. ish,
nak minum pun tak senanglah...dah la tak terima kasih aku jemput tadi, tinggal
kat tengah sungai baru tahu’. panda mulai meninggi suara.
‘begini......’
suasana hiatus.
duan
menyambung .
‘engkau bawa
balik siapa ni? .......................... mana komeng?’.
posted from Bloggeroid
Subscribe to:
Posts (Atom)