25.11.12

Idiosyncracy!

Aku rase bior orang tengok aku macam orang bodoh. Yang jenis lurus bendul. Yang pesen dok reti nok fikir mende lain selain dari yang orang kabor. Bior deme semua bergelok ketawe. Lantok ler. Ini kate orang perancangan. Yang penting aku nok diam.

Tadi lepak minum petang. Nyambil makan roti canai tu ade sorang brader cakap "kita ni hidup kat dunia, lagu mana nok buat lupakan hal hal dunia? Ce kabor". Aku paham mende die kabor tu.

Bior. Bior!!
posted from Bloggeroid

18.11.12

Rasa.

Aku sememangnya rindu dengan dia. Tapi aku tahu. Kata kata tu tiada makna untuk dia.

Ya, aku hanya mampu bemimpi dan berharap.

Dengan semua benda.

posted from Bloggeroid

12.11.12

Aploclylipse

I hate the time when i start to lose my control. Lost control of the thing which already at my hand. Guess the grip is not so strong like before.

And yet, nobody are willingly to offer any help. They gather around like i am the campfire. Pointing their fingers to me. Yes, its my fault. I don't see any reasons for me to point back to others.

And the perspective start to be narrowed.

Thinking what would be next?

24.9.12

Incoming 2

I never knew what's coming actually. Its a bombard!

Guess i lost another life!

17.9.12

Incoming.

First thing comes in my mind is i want to start new. Either with the previous company or a new company. Yes, my heart opt to go to a new one. Less hassle for anything i think.

Hope for no more mistake.

:)

p/s: compilation of pros n cons of those three places this time. 

31.7.12

Pernah dulu.

"Bercakap dengan aku.
Jangan sampai macam aku ni takde harga diri asrul.
Kau.
Bukan sapa sapa lagi pada aku.
Faham?"


Ya, aku faham sampai hari ini. Tapi engkau tak tahu. Engkau tetap seseorang pada aku.
posted from Bloggeroid

29.7.12

Another missing chapter.

What could it be..

Money.

Religion.

Food.

Love.

Mojo?
posted from Bloggeroid

25.7.12

Hidup.

Sehari (cubaan ezejeret), aku buat belanjawan untuk bulan hadapan. Pening juga berfikir mana boleh dipotong. Ya, makanan lagi.

Aku lemah matematik. Dari sekolah rendah, itu subjek paling corot. Harap kali ini menjadi. Masa empat bulan bukan sekejap. Tapi aku kena settlekan satu episod hutang dalam masa itu. PTPTN? Nantilah, bukan masa kau lagi.

Ditempat membanting tulang (ezejeret lagi), jiwa makin menjadi dengki. Cakap cakap sendirian. Dia dibayar dua kali ganda dari aku. Yang kehulu hilirnya bukan ada lain. Fokusnya pada dua. Aku, sepuluh! (ini ezejeret juga)

Aku dah cakap hari tu, apa apa pun sendirian. Senyumlah.

posted from Bloggeroid

18.7.12

Error #41

If i just can put everything in word. A word which fully explain how i feel. The feeling; a beast that i carry inside. Probably it will go away for a moment.

Keep saying the same word. It just wont be communicated well. If, just another strong word.

Error, i dont know how to do it.
posted from Bloggeroid

16.7.12

Ralat #9

Yang teruknya sekarang aku kena hadapi segalanya secara sendirian. Kawan yang ada sebelum ini sudah berkomitmen ataupun sudah tinggalkan aku. Antara salahnya, memang dari aku sendiri. Aku lupa bidalan ukur baju dibadan sendiri.

Tuhan mendengar. Tapi aku juga banyak ingkar.

Ini ralat.

posted from Bloggeroid

8.7.12

8.7



Now I see the times they change
Leaving doesn’t seem so strange
I am hoping I can find
Where to leave my hurt behind
All the shit I seem to take
All alone I seem to break
I have lived the best I can
Does this make me not a man?

Bebal.

Dahulu, mendabik dada mencanang sanggupnya aku mengambil risiko. Entah apa yang aku nampak. Tapi sememangnya indah. Indah yang amat. Dan berbaloi dengan risiko.

Ya. Anggapan aku salah. Aku lupa meletakkan perkara perkara diluar kawalan aku dalam perkiraan. Aku lupa aku tak boleh mengawal semua benda. Aku angkuh yang semuanya akan berjalan mengikut apa yang aku rancang.

Sekarang, siapa lagi aku nak salahkan kalau bukan diri sendiri. Aku salah. Aku silap.

posted from Bloggeroid

7.7.12

Harapan VI

Jauh mana pun rasanya berkecai dan jatuh, bukan senang jiwa mahu melupakan segala. Ya, aku bukan pandai sangat berusaha. Benda benda fragile, aku paling susah nak handle. Yang aku tahu, itu yang aku mahu.

Tapi, kehidupan tak sentiasa memberikan apa yang kita mahu. "Life's unfair and who said it should be".

Aku sedar, melepaskan semua dan move on itu lagi sakit. Aku simpan juga walaupun sakit itu ada. Tapi, menyimpan itulah juga yang membawa pengharapan.

Sebab, aku percaya satu hari nanti adalah untuk aku. (Komeng, hari ini)

posted from Bloggeroid

3.7.12

3.7

I had no choice, I erased the debt of our family, let you say goodbye with lips like dynamite.
(Komeng)

2.7.12

Malam.

Tiap malam, sebelum terlena. Suara suara 'another me' mengeji dan membodohkan aku. Dibodohkan segala salah silap aku yang terdahulu. Mengutuk betapa ceteknya fikiran. Mengutuk ketidakmatangan diri sendiri.

Mata berhabuk didalam gelap malam.

posted from Bloggeroid

30.6.12

30.6

Anna Ternheim and Mono. I keep this two as my companion during these days. The day where i give up upon the world. Its not only death where i hear my heart say life goes on. This is where i keep it since i have no plan on dying yet. Waiting for everything to be ok. Be on track. Be loved again.

Because i believe in one day. 

posted from Bloggeroid

24.6.12

24.6

Bukan senang untuk aku sembunyikan benda yang sememangnya sudah terang. Terus terusan aku memakai senyuman. Memaki. Mengomel. Memujuk. Semua di dalam hati.

Biar yang mereka lihat. Mereka nampak. Senyuman. Seorang yang periang.

Bukan senang untuk aku membetulkan apa yang sudah berterabur. Dahulunya cantik. Nampak cantik hingga ke masa depan. Bila berterabur, aku yang seorang lagi memaki seolah tidak percaya tuhan. Tapi itulah manusia.

Terhantuk, baru tergadah.

Bukan senang untuk aku melupakan. Hati ini tetap sama. Mungkin cuma keadaan yang berubah. Berubah tidak seperti aku mahukan. Walau kekadang mata dimasuki habuk. Katanya, lelaki itu kalau menangis bukan dimata. Tapi di hati. Siapa yang nampak? Berbalik kepada senyuman. Aku pakai.

Nampak seorang periang bukan?

posted from Bloggeroid

20.6.12

RUThere?

Trust me. I will do anything for you. To make you happy. Eventhough others being cruel to you. I'll try my best. I'll obey you. No matter how hard it is. No matter how you disregard me.

Because, i love u!!

posted from Bloggeroid

16.6.12

Hepokerit!

When i try to be myself. And less like you. More to me. I start to loose everyone. And they hate me.

I be myself. And im alone.

posted from Bloggeroid

9.6.12

6.9

Thought again, of driving by, the place we meet
You and I, where it started, how we lived, together always

6.6.12

6.6

Night after night 
You turn out the light 
You don't fall asleep right away 
"Are we... are we done?"

14.5.12

Right here, right now!

It is easier to be kid. Nothing much to worry about. Where life is about today. Simpler. May, please end fast. 1 decision to be made here. Its gonna be here and now method.

Sent from my Blackberry for Celcom Mobile.

11.5.12

Tutup

Kipas ditalakan ke nombor tiga. Lampu dipadam. Selimut ditarik. Seperti biasa menutup kepala hingga ke kaki. Suka benar tidur berkelubung. Mata cuba dilelapkannya. Dua minit berlalu, datang seorang lagi berkata 'bagaimana kalau esok sudah tidak bangun dan masih berkelubung, senangkan kerja orang sekeliling tidak perlu tutup dah'. Tapi siapa yang akan sedar?

Sent from my Blackberry for Celcom Mobile.

6.5.12

my Annabel.

'I am here as narrator to tell you a story, a story that will torture your thoughts by day and poison your dreams by night and though i will do my best, there are no words that can be written nor brush strokes laid on canvas that can describe this stark and utter horror of the night that Annabel died'.

'the emptiness will haunt you', said Annabel.
posted from Bloggeroid

26.4.12

#27

Hari itu, terima kasih pada yang masih ingat. Padahal aku bukan siapa siapa. Seperti yang mangkat dijulang.

8.4.12

Tinggal

Kepada rancangan rancangan kecil aku pada tahun ini. Selamat tinggal semuanya. Aku senyum dan cuba memahami, semuanya hanyalah perancangan yang tidak semestinya menjadi realiti.

 Hati, janganlah gusar. Tahun ini, kita masih menunggang dalam mode auto.

posted from Bloggeroid

7.4.12

Garu garu.

Dihari itu, panda panda pun bergayutan. Ada yang bergembira, ada yang bermain facebook.

Panda 4 menggaru belakang panda 8. Muka panda 8 kesedapan. Yelah, mana taknya. Ada panda yang tolong garukan. Panda 8 terasa seperti bos.

Bawah sikit. Kiri sikit. Atas sikit. Arah panda lapan kepada panda 4.

Ooooooooummpp. Sedap!! Sambung beliau lagi.

Panda 4 dengki. Dahlah tu, ko tolonglah garu aku pula. Aku pun rasa gatal digigit nyamuk tadi. Tolonglah. Minta panda 4 kepada panda 8.

Panda lapan diam.

Diam lagi.

Dan lagi.

Ummphh. Panda lapan mula bersuara.

Aku tak bolehlah, aku gaout!

posted from Bloggeroid

4.4.12

Noda.

Panda sedu sedan di rimbunan buluh. Mengenangkan nasib diri. Dunia seperti tidak adil untuknya. Kata kata hikmat jenuh didengar. Namun tidak pernah mengubah apa apa. Kasut panda tidak pernah disarung yang lain. Kakinya dan mereka tidak sama.

Beruang angkasa menghampiri panda.

Kenapa dengan engkau wahai panda? Aku ada untuk engkau. Sapa si beruang angkasa.

Hmmm. Pendek jawab panda.

Mari sini, aku pinjamkan bahu aku untuk engkau. Tidak salah kamu mahu tersedu sedan. Tapi, titisan hingus dan air mata itu semua berertikah?, soal beruang angkasa.

Panda merenung mata beruang angkasa. Ada betul juga kata kata si beruang angkasa. Dia menunduk malu. Memang tiada pun panda lain yang peduli. Buluh buluh juga kegemaran mereka.

Panda bangun, dia ingin lari dari beruang angkasa. Dia malu.

Serentak itu dia dipeluk beruang angkasa. Pelukan erat penuh kasih sayang. Terasa ketenangan dalam diri. Seolah semua masalah hilang. Seperti datangnya tempat untuk dia berpaut.

CHRUUPPP!!

Belati ditusuk tepat ke jantung panda. Beruang angkasa mula menjarakkan tubuh.

Kkkkeenapa kau buat begini?, soal panda menahan kesakitan.

Beruang angkasa menarik nafas panjang. Dia senyum melihat panda mulai lemah.

Sebelum pejam panda berbisik.

Kenapa dibunuh hati ini?
posted from Bloggeroid

2.4.12

Celik?

Memang major turn off. Bilamana apa yang kita pandu itu cermin kejayaan.

posted from Bloggeroid

24.3.12

Mimpi.

Seperti yang aku katakan. Ianya indah. Dalam khayalan. Dimana segalanya mungkin.

posted from Bloggeroid

22.3.12

Belum.

Belum selesai satu. Datang lagi satu. Bertimpa. Bukan aku tawar hati. Tapi aku sibuk berfikir cara keluar. Cara keluar yang diam. Tidak mahu terpalit pada yang lain. Mereka yang memandang. Sambil bercerita.

Moga dipinjamkan sedikit kekuatan.

posted from Bloggeroid

16.3.12

Mampus.

10k? Mana nak cari.

posted from Bloggeroid

7.3.12

Gagal.

Kata orang kita hanya mampu merancang. Yang menentukannya adalah tuhan. Kata kata tipikal bila perancangan tidak berjaya.

Ya, aku gagal tidak seperti rancangan. Ianya indah, kekal dalam khayalan.

posted from Bloggeroid

4.3.12

ting ting.

Nak start menyimpan duit. Bila sesak, takpayahlah nak harapkan janji kosong atas kebaikan sendiri. Baik sangat pun tak guna juga akhirnya. Dunia, dunia.

Takda orang nak jaga kita selain diri sendiri!

26.2.12

kata

kalau kita tahu apa akan jadi. senanglah kita buat keputusan. (dia,2012)
posted from Bloggeroid

21.2.12

...

Aku tidak mencari kesempurnaan. Sebab aku tahu, aku faham. Sempurna itu tidak pernah lengkap.

Tidak pernah cukup.

posted from Bloggeroid

19.2.12

Harapan V

Berkecai.

posted from Bloggeroid

18.2.12

Kasta

Dihari itu, panda panda pun bergayutan. Ada yang bergembira, ada yang bermain dam.

'Pssst..pssst. Kalau buat maggi ni, letak yang mana dulu. Ini apa. Ini apa. Bila nak letak air', kedengaran dari celah riuh rendah.

'Erk..letaklah rencah dulu. Baru letak air. Baru rasa rencah tu kat maggi'.

'Sorry, I tak pernah buat sendiri maggi macam ni'.

PAP. Kedengaran bunyi facepalm dari celah celah pohon buluh.

posted from Bloggeroid

15.2.12

Tika.

Kalau aku simpan dalam hati. Kunci. Balut ketat ketat. Lempar kunci ke dasar laut. Biar aku saja yang tahu. Aku pasti ianya bukan begini.
posted from Bloggeroid

Tiada

Berapa lama dahulu batuk itu hilang. Suara gema televisyen juga tiada. Semua jadi curiga. Ada manusia yang prihatin memberi salam niat bertanya khabar.

Ditemui sekujur tubuh di baringan. Tiada lagi nafas. Tapi tiada siapa untuk dikhabarkan. 

Begitu jugakah caranya mati aku nanti?

posted from Bloggeroid

14.2.12

Helah

HAHAHA... Hilai ketawanya kuat. Ketawanya mengejek. Dipegangnya perut sendiri sambil mata berair. Tidak pasti apa yang kelakar.

Dia geram. Muka disembam ke tilam. Bantal diserkup ke atas kepala. Malas dengar ejekan dan hilai tawanya.

Tawa mengejeknya berterusan. Selagi dia belum lelap.

posted from Bloggeroid

12.2.12

Kata II

Pada suatu hari, panda panda pun bergayutan diharitu. Ada yang menari. Ada yang bersawah.

'Panda, kita kalau nak mulakan apa apa, biarlah dari usia muda. Jangan kisah kerja berat diwaktu muda. Sementara badan masih kuat dan gagah.', kedengaran suara di balik pohon buluh.

Angin sepoi sepoi bahasa berlalu.

'Terima kasih kerana buat aku ralat', kotak dialog tanda dalam fikiran juga muncul dari balik pohon buluh.

Suasana kembali hiatus.

posted from Bloggeroid

Kata

Pada suatu hari, panda panda pun bergayutan haritu. Ada yang bekerja. Ada yang bergembira.

'Panda, cuba kau fikir... Si panda cinta itu tak semestinya memilih engkau sebagai teman walau pun dia belum berpunya. Ngerti!!', kedengaran di balik pohon pohon buluh.

Angin sepoi sepoi bahasa lalu. Suasana kembali sunyi.

posted from Bloggeroid

Harapan IV

Pada apa aku berpegang sekarang ni?

posted from Bloggeroid

11.2.12

Kekal

Aku faham tiada yang kekal. Aku pernah silap aturan yang menampakkan lagi maksud sementara. Tiada yang paling celaka bila dunia angan hilang.

Baiklah, aku baru nak mula hidup.

posted from Bloggeroid

10.2.12

Projek

Apa yang aku buat, aku bagi nama 'projek 10 tahun'. Jadi dah namanya sepuluh tahun. Kenalah aku sabar bukan?

Tapi, belum cukup!
posted from Bloggeroid

7.2.12

Dongeng

Kalaupun hidup ini semacam fairy tales yang ada happy ending tu, watak aku ialah dark wizard yang kalah dan mati di akhir cerita.

Bahagia itu untuk orang lain.

posted from Bloggeroid

2.2.12

mati

makin hampir dengannya. dia pasti, itulah kriptonitenya.

badannya lemah. komeng rebah.


semalam...

'kau buat apa komeng', soal panda dari celah bunyian mesin mesin.

'ini', sambil diangkat komeng hati besi buatannya sendiri. besi dari tahi bintang yang gugur semalam.

disumbatnya ke dalam dada yang tersedia dengan belahan. darah meleleh keluar dari belahan dadanya. dia berjaya. hatinya sekarang tiada lembut lagi.

1.2.12

kesumat viii: ...


komeng membelek calendar yang tergantung didinding. terkumat kamit mulut sambil tangan mengira. panda memerhati gelagat komeng sambil tersengih. dalam fikirannya, barangkali komeng mengira hari untuk berpuasa sedangkan dia tahu lagi lapan bulan ramadhan akan tiba.

‘panda!! malam ini temani aku menjemput duan…’ mata komeng terpaku pada panda, mengharapkan jawapan.

‘eh, duan pulang malam ni ke komeng?’, panda bertanya untuk mempastikan komeng tidak silap.

‘yelah sengal, baguslah dia pulang. banyak perkara yang perlu kita bereskan di kampung kita ni, aku sudah tak tahan. dengan duan kita berharap’. komeng menarik nafas.

‘baiklah...aku setuju, petang ni biar aku sediakan sampan dahulu. nanti malam tidaklah kita tergapai dalam gelap. engkau sediakan jamung, hulu sungai tu gelap.’ arah panda.

‘dah tu apa lagi?’ tanya komeng. ‘geraklah sekarang’. nada sinis dari komeng.

panda tersenyum, mukanya merah terkena sarkastism muka komeng.

++++

memang, semenjak duan merantau. kampung mereka tidak pernah aman. mirajane yang dinikahi azmil meninggal ketika beranak sulung. ardi juga hilang tanpa khabar berita. penduduk  tidak lagi keluar malam. mereka semua tidak mahu bertemu lembaga hitam yang digembar gemburkan.

bukannya sekali kejadian bertembung atau dikacau itu berlaku. anak pak mael hujung kampung, masih lagi tidak boleh bercakap. mulut masih berbuih biar pun masuk tiga bulan peristiwa dia dijumpai di tepi kali. menggeletar dan mata tidak berkelip. begitu juga budak budak yang balik mengaji. harapkan diulang alif ba ta sehinggalah seorang daripada mereka dirasuk ketika pulang dari rumah tok imam muda.

anak anak muda yang nak tunjuk hero sahaja keluar malam. menjadi kutu embun. tapi yang hairannya, belum pernah geng geng sikutu embun yang dikepalai manaf terserempak dengan lembaga hitam itu. mungkin mereka itu sendiri lebih hantu dari hantu.

yang baiknya, anak anak muda inilah yang menjumpai mangsa lembaga hitam disekitar kampung mereka. rosmanah yang patah tengkuk, antuya yang menjadi cebisan daging. sebenarnya tak banyak. tiga sahaja kes kematian misteri. satu lagi samsiah, kes bunuh diri katanya orang kampung. mayatnya tergantung di pokok petai.

tapi kes samsiah, tiada siapa yang tahu perkara sebenar. emmangnya dia yang membunuh diri. dia malu dengan rakan rakan gossip di tangga rumah akak kiah. siapa tidak tahu dia sukakan rahman rimau sehingga sanggup menyerahkan tubuhnya untuk rahman rimau. untunglah rahman rimau. tapi selepas diketahui rahman rimau itu tidak punya hati kepadanya. terus keputusan itu yang diambilnya.

cerita itu tidaklah pula heboh ke kampung seberang. mahu menutup malu yang berlaku di kampung mereka.

++++

dari celah kegelapan malam perahu komeng dan panda melabuh di jeti. duan melompat naik. sejenak dia berhenti.

‘haish’, keluh duan. ‘apa dah jadi ni’, sambung dia lagi sambil melangkah laju meninggalkan panda dan komeng menambat perahu di jeti.

panda kaget ditinggalkan duan. dia tahu duan merasakan sesuatu bila dia jejak kaki di jeti kampung mereka. duan bukannya calang calang orang. dia nampak apa yang orang lain tak nampak. hijabnya mungkin terbuka  semasa lahir. ilmu didadanya lebih besar dari dada arwah rosmanah. besar harapan panda dan komeng untuk duan membersihkan kampung mereka.

‘oit panda, janganlah tinggal aku... seramlah.. ‘, sambil melompat komeng ke jeti.

‘apalah engkau ni komeng, muka ganas..kata hati besi., sekarang seram. apa kes?’, sindir panda seperti membalas dendam kata kata sarkastik komeng siang tadi.

‘engkau tak rasa ke panda’, komeng bertanya.

‘sudahlah komeng, jom ikut duan tu... dah jauh kita ditinggal dia ni, aku pun naik seriau juga dengan angin sempoi bahasa ni’. akui panda sambil mereka berdua melangkah pantas menghilangkan diri di celah gelap dari tebing sungai.

++++

seperti dijangka, duan terus ke rumah tok ketua. seolah dia tahu tok ketua baru lepas disampuk semalam. diam seribu bahasa semenjak dijumpai geng manaf di pinggir kawasan kubur.

‘minta maaf ardi, aku nak masuk jenguk tok ketua’, duan meminta izin dari ardi yang duduk ditangga rumah tok ketua. duan tidak mahu berbual panjang. mungkin dia mengetahui yang jika dibiarkan tok ketua sedemikian rupa, maut jawabnya.

kepala duan secara automatik digeleng apabila melihat keadaan tok ketua.

‘teruk ni, bawakan aku air kosong’, terus terpacul dari mulut duan.

lagaknya seperti bersilat. air kosong di tiupnya. dipercikkan ke badan tok ketua. mulutnya kumat kamit.

‘syukur, nasib baik sempat’, selepas setengah jam dia melakukan upacara yang disaksikan ardi dan beberapa pengikut rapat tok ketua.

‘kau kenapa?’, tanya duan kepada ardi apabila melihat ardi tersenyum seorangan di tangga.

++++

‘salam tok!!’, sapa panda menyertai bulatan dirumah tok ketua. tok ketua kelihatan makin sedar. tanpa dipelawa, panda terus meneguk air kopi yang terhidang. memang dahaga barangkali.

‘ehem, panda..~’, sapa duan lembut.

‘yer duan, sorilah , aku memang dahaga.. engkaulah tinggalkan aku dengan komeng tadi. mengah tau kejar kau’.

‘yelah, aku tahu, tapi urusan kat sini lagi penting’.

‘tau takpe’, panda sinis.

‘maafkan aku, tapi aku nak tanya sikit ni?’ duan mengesot sedikit menghampiri panda.

‘ape dia.. ish, nak minum pun tak senanglah...dah la tak terima kasih aku jemput tadi, tinggal kat tengah sungai baru tahu’. panda mulai meninggi suara.

‘begini......’ suasana hiatus.

duan menyambung .

‘engkau bawa balik siapa ni? .......................... mana komeng?’.
posted from Bloggeroid

28.1.12

5 Minutes Devil's Line

Ao Nang Beach, Krabi

Pantai Chenang, Langkawi

Ferengghi, P.Pinang

Jeram, Kuala Selangor

Jimbaran, Bali

Lang Tengah, Terengganu

Perhentian  Besar, Terengganu

Harapan III

Kekadang terasa hanya akan tinggal harapan. Aku terlampau rendah untuk mencapai. Engkau tinggi letaknya. Tinggi di angkasa raya. Bersama dewa dewi.
posted from Bloggeroid

27.1.12

Harapan II

Ditelan habis masa yang ada tetapi masih dalam kekaburan. Aku tepuk,belai dan pujuk hati sendiri. Biar tenang dengan ironi dimana letaknya hati. Aku tertawa. Pada diri sendiri.
posted from Bloggeroid

26.1.12

orgasm ii?


























dalam air tak boleh lawan perhentian jugak. sad!.

25.1.12

Harapan

Bila aku berani berkata sayang, sememangnya ia tak sampai. Tapi taklah sakit mana hati yang dah selalu di pukul. Lali. Cuma sesekali aku toreh untuk rasa masih adakah sakitnya.

posted from Bloggeroid

24.1.12

orgasm?

























sepanjang drive dari bukit kayu hitam atau danok terus ke phuket balik ke krabi dan hadyai lepas tu keluar di wang kelian memang tak lalu satu tol pun. terasa kagum pula dengan thailand ni.

22.1.12

Hiatus Moment.

What if..the answer is 'NO!'. What would i do. What would i be?

posted from Bloggeroid

20.1.12

Celaru Pes Sirap

Panda nekad. Belati yang baru diasahnya dibenamkan ke dada. Mencari hati yang dikatakan orang. Bunyi membelah dan tulang terpotong jelas. Tangannya mengagau mencari. Mungkin sebelah kanan. Mungkin sebelah kiri.

Tiada.

****

Panda merenung tajam komeng. Tangannya masih kemas dileher komeng. Tiada nafas lagi apabila menjadi mayat. Dada panda berombak kencang.

"Aku dah cakapkan, jangan judge aku, engkau tu dengki" bisik panda pada telinga komeng. Serentak tukul yang digenggam dia dihayunkan ke kepala komeng.

BUKKK!! BUKKKK!!

Bersepai. Tiada lagi rupa komeng. Kepalanya dah jadi cili giling. Lumat dan hancur.

Keletihan, panda tersandar didinding. Rokok malboro light dicapai. Dia menikmati rokoknya. Komeng, yang dulu pernah menjadi kawan karibnya disebelah. Tempurung kepalanya dijadikan bekas dia memetik abu rokok.

"Aku mesti settlekan komeng malam ni juga. Kalau siang, nanti ramai yang tahu", bebel panda sendirian. Tampak seperti sudah tidak siuman. Percikan darah penuh dibaju dan mukanya. Hamis dan hanyir meresap ke hidung tidak dipedulikannya.

Hembusan demi hembusan asap rokok dari mulutnya. Mungkin itu menenangkan. Manakan tidak, difikirannya hanya ada elly. Bukannya komeng yang tiada rupa itu.

****

Panda mengayuh laju basikalnya. Hajatnya mesti disampaikan pada Elly. Dengan klu klu yang diberikan, dia juga yakin Elly ada perasaan sama. Elly yang tak pernah berhenti melayan dia. Elly yang selalu ada semasa jatuh bangun panda. Panda tahu, itu lebih dari seorang kawan.

Dan dia juga senang dengan elly. Dia memang sukakan elly dari mulanya.

SREEEETTTTT

Panda membrek gaya ahli stunt basikal bmx. Walaupun yang ditungganginya hanyalah basikal adiknya. Berenda merah di handle nya. Tapi panda pedulikan apa. Elly yang dicarinya ada dihadapan.

ELLYYYYYY...tunggu!!

'Haaa, panda apa kau mahu? Kata nak jumpa minggu depan. Kenapa sekarang sudah muncul.'

'Errrr... Aku .. Aku.. .' lidah panda kelu. Dia mampu tersenyum.

'Aku bukan apa elly, aku dah tak sanggup dengan semua ni. Payahlah teringatkan orang yang jauh.' muka panda merah.

'Kau kenapa? , buang tebiat'. Elly terkesima.

'Nah!' panda tidak membuang masanya. Botol berisi cecair merah dihulurkan kepada elly. Botol yang ketat penutupnya. 'Ini untuk kamu katanya lagi'. .

'Apa ni panda?, macam pes sirap?’

'Errrr, itu hati aku. Aku keluarkannya. Aku nak serahkan pada kamu' sambil panda menunjukkan bekas belahan di dadanya. Nampak hasil jahitan yang gopoh gapah. Memang panda mengeluarkannya sendirian.

'KAU GILAAAA!!'

Seraya elly mencampakkan botol berisi cecair merah, yang sesekali nampak isi seketul daging ketika ianya berkocak.

PANGGGG!!!!

Botol kaca itu pecah. Isi kandungannya juga turut sama. Mungkin panda lupa untuk meletakkan label


"FRAGILE, HANDLE WITH CARE"

16.1.12

Monstrous Monday

I marked the date with 'X', colored the next day box on calendar with black. Where i feel so empty without X, only black.

Black shall not return to grey.

15.1.12

karma said im a bitch.

Aku tak pasti adakah aku makin hampir atau aku makin menjauh sebenarnya. Perasaan takut yang aku rasa makin parah. Tiada mimpi yang menjengah, tapi masih boleh dikejutkan dengan jantung berdegup pantas. Tatkala itu aku teringat engkau yang tidak pernah meninggalkan aku.

Berfikir, adakah aku yang paranoid. Terbang dan khayal dalam dunia sendiri. Sedangkan tiada apa yang berlaku sebenarnya.

Tuhan, Engkau yang tahu niat aku yang sebenar, boleh aku minta dia dari Engkau?
posted from Bloggeroid