18.12.13

Buang

Selagi bukti itu kau simpan. Selagi itu kau ada rasa yang terlarang. Bukan kau tidak sedar. Bukan kau tidak fikir. Bukan kau tidak tahu. Dia tidak fikir pasal kau. Tidak pernah lagi.

Tapi ada sesuatu yang lebih pelik.

Rasa.

Jadi, buang jauh jauh. 

CTRL + ALT + DEL.

Sudah!

1.11.13

Ajaib.

Katakan engkau sanggup lari. Hilang bersama aku. Kita lari dan lari.

Kita lari jauh dari segala. Lari ke dunia ajaib kita.

Menghilang dari segala. Melupakan semua.

Sampai mereka bertanya kemana kita.

Engkau sanggup?

Ya?

Tidak?

Mari pergi.

Hilang.

Lima Tahun.

Tahun 2008 aku graduate. Aku start kerja pertengahan 2008. Aku tak reti duduk diam. Menikmati waktu waktu bulan madu.

Lima tahun kerja. Tiga tempat. Aku masih tidak tahu apa yang aku cari. 

Masih. Tidak tahu.

Masih.

16.10.13

Cerita.

Di hujung sungai. Kelihatan kelibat Panda di pohon buluh. Berehat barangkali sambil menikmati pucuk buluh muda. Ditambah dengan bunyi aliran sungai. Tiupan angin yang sepoi sepoi. Suasana aman sekali.

"Hai Panda...", tegur Mirajane.

"Hmmmmmm...", ringkas jawapan dari Panda. Pemalas gamaknya.

"Buat apa kau diatas itu?, kesinilah, mari aku mahu berceritakan tentang hati aku ini. Koyak rabak. Hari ini lunyai dengan orang sekeliling aku. Mereka hentak. Mereka pijak.", Mirajane membuka cerita.

Bingkas dari pembaringan, Panda membuat satu hayunan mehampiri Mirajane seraya bertanya "Apa yang kau buat?".

"Entah, mereka mahu aku begitu begini. Tiada peluang aku membentuk, meminta dari mereka. Jika ada tidak dilayan. Kenapa mereka tidak mahu faham dengan aku? Kenapa mereka melayan aku begini. Hari hari aku begini. Di hentak, dipijak, lunyai.", adu Mirajane lagi.

"Dah lama?", ringkas soalan Panda.

"Ya, sudah lama begini... Masih mereka tak mahu mengerti aku...", kata Mirajane.

Panda senyum sinis. Diam sambil memanjat pohon buluh kembali. Pucuk buluh muda seakan lebih menggiurkan seakan melihat porno.

"Habis kenapa dengan harapan kau? Kenapa ada pengharapan lagi dengan mereka.... not here, not now!!"

Panda hilang dicelah rimbunan buluh meninggalkan Mirajane.

Angin bertiup sepoi sepoi bahasa. Aliran sungai mengiringi berirama. 

Suasana kembali aman.

10.10.13

Jamban.

Dek kerana panggilan alam. Engkau bergegas ke bilik kecil itu. Mencari ruang melepaskan hajat. Kalau dipendam, sakit yang datang. Begitulah nasihat nasihat mereka yang pakar.

Engkau termenung. Kerja yang engkau tinggalkan sebelum berlari. Banyak perlu disiapkan. 

Banyak?

Seketika termenung. Datang idea mencurah di benak kepala. Idea terhadap dunia. Idea terhadap kerja. Idea untuk macam macam. Keputusan untuk hidup. Keputusan dua hari akan datang. Apa rancangan untuk akan datang. Engkau tersenyum dengan perancangan yang cepat dan dirasakan logik.

Idea yang hebat hebat lahir dari situ. Tempat tinggal setan setan.

Suatu hari. Perancangan tak jadi. Idea hebat kemana.

Idea dari jamban? Tempat tinggal setan setan. Bisikan idea dari mereka.

Lagi kau mahu guna?




Dan ironinya. Ini pun dari jamban.

8.10.13

Keliru.

Aku bukannya sombong.

Lagi dua puluh enam hari, genap dua tahun. Semenjak dua menjak. Makin kerap dicari aku. Apakah cubaan untuk memindahkan kesalahan? Atas perkara yang sudah dilupakan.

Tujuan. Motif?

Keliru.

2.10.13

Kesumat VIII: Khianat

Kata kata kianat. Dia terbang kembali ke marikh.

1.10.13

Malam.

Satu malam. Dalam gelap.

Dia tengah menyiapkan seseorang untuk aku ke?

Ada ke?

Atau...

Akan aku mati sendirian?

29.9.13

Curhat.

Mereka pandang. Mereka lihat.

Kasut kita rabak. Hati kita ropong.

Mereka kata. Itu tidak apa apa.

Kisah mereka lagi begitu begini.

Hey. Kisah aku siapa nak dengar?

25.9.13

Keliru

Semalam kita senang. Hati kita senang. Semua jadi mudah.

Entah kenapa, datangnya rasa. Payahkan semua. Kita menjadi engkau aku. Hilang senang. Hilang mudah. Memakai senyuman. Sedikit salah. Disinis senyum menghina. Mata membunuh. Mulut membunuh. Gerak langkahnya, membunuh.

Aku. Bukan tiada rasa. 

Tapi... Aku penat.

22.9.13

Sampah

Jiwa sucinya disampah dunia. Celik mata disayangnya pada segak gaya rupa. Disanjungnya pada yang mendabik dada. Dipijaknya pada yang menunduk.

Dunia macam macam.

8.9.13

Maksum III

Dalam tak sedar. Kita mungkin salah. Kita mungkin jahat. Kita rasa kita betul. Apa yang kita buat. Apa yang kita berkeputusan, itulah yang paling terbaik dimasa itu. Paling terbaik dimasa itu.

Tapi, bukan dimasa sekarang. Ingat!

Kita bukan maksum.

5.9.13

Maksum II

Kau caci maki orang lain. Kau rasa kau maksum. Kau rasa kau betul.

Kau cuba sembunyikan rasa bersalah diri sendiri.

Kelemahan yang cuba kau sorokkan.

Penuh kemarahan. Penuh kebencian.

Kau saja yang disakiti.

Kau saja yang dibenci.

Kau saja yang dikhianati.

Kau saja yang sakit.

Aku tak?

31.8.13

Maksum

Katanya, terlampau kompleks. Tak biasa. Tak biasa. Dahulu bukan begitu. Dicanang kepada semua. 

Salahnya proses. Salahnya mereka. Dia betul.

Aku pun masih belajar. Banyak tak betul. Engkau lebih mengetahui. Kenapa tak ditunjuk ajar aku. Dicanangnya kepada semua.

Salahnya proses. Salahnya mereka. Dia betul.

Siapa yang tak mengetahui. Seribu kepercayan diletakkan.

Dia senyum?

28.8.13

Kalis

Kau marah. Kau maki. Semua tak betul. Semua tak betul. Yang betul hanya engkau seorang. 

Kenapa?

Perasaan bagus?

Kau rendahkan orang lain. Kau hina. 

Yelah. Kau betul.

27.8.13

Kembali.

Siapa sangka aku kembali. Siapa sangka aku masih mengingati. Jangan kata aku pelupa. 

Cari pengalaman.

Sirih pulang ke gangang.