6.9.10

ramadhan sudah 27 hari

menaip dan backspace...mungkin permulaan yang tak kena. "ignorance" pun sudah berkali berputar di winamp.

asalnya nak bercerita pasal berbuka semalam, hajat nak buat nescafe tapi perasan macam dah letak nescafe. letak air panas dan kacau. rupanya aku buat air gula. patutlah tak rasa nescafe. barangkali kena ada orang lain yang tolong buatkan, mungkin!

*****

aku, memang ada berhajat untuk berbaik dengan dia kembali. semua bersebab. kata hati "revenge is sweet". mungkin itu satu sebabnya.

*****

tapi dia kata, cepat-cepatlah book hotel. kau tahu cycle dia macam mana bukan?

mungkin kebetulan yang buat kita berfikir. ataupun teguran untuk "tidak" secara sarkastik dari DIA.

tapi kenapa dia macam tahu je?

2.9.10

cerita iii

dia menjerit kat aku...

tersentak, lalu aku tanya "kenapa tanya menda macam ni kat saya? u email je bagitahu dulu,once approved, saya laksanakan je, tapi sekarang ni, saya pun taktahu sapa yang handle ni"..

tapi dia pot..pet...lagi, semua kepala dah mendongak kat aku dari kubikel masing-masing.

aku gelak tapi geram dalam hati..dan..

"asrul!! akak punya ni mana? berapa lama kene tunggu?"

aku macam terkesima, sebab suara dia lagi kuat. mungkin wing sebelah sana pun boleh dengar. malas lah nak pergi sebelah sana. tapi betul aku terkesima, sebab aku tak tahu menahu.

aku berlalu....

dan berfikir "cakap siang pandang², cakap malam dengar²..baik takyah cakap, takde orang nak dengar, takde orang nak pandang."


"buat reunion tak ajak aku eh, pas tu cakap dah ajak..nice"

1.9.10

rambut dalam tepung

ya aku serius,

hari tu, yang paling aku suka ialah game "the mole", bukan senang nak cari saboteur yang ditugaskan dalam pada lain nak settlekan task. saboteur kenelah pandai berlakon. yang bukan saboteur kenalah pandai memerhati dan berhati-hati.

yang bising, kecoh, membangkang, bagi idea dan pelukis tak semestinya saboteur, boleh jadi yang diam juga. tapi mereka pandai cucuk. buat kita pening dan keliru. sebab tu kene pandai.

sudah bulan sembilan

aku menulis ini, sebab mungkin aku akan baca balik nanti. aku kene ingat, aku ada 2 bulan sahaja untuk menyelesaikan apa yang aku janjikan. berat ke tidak. aku kene buat. selesaikan satu lagi fasa.

harap. tak sampai tahun depan lah.

amin~