17.9.10

aku paham.

aku hantar mesej bertanya selepas panggilan aku tidak berjawab. mungkin dia sibuk gertak hati aku.

selang beberapa ketika, runut bunyi mesej dari telefon aku kedengaran. aku segera view. ada tiga.

satu dari yang bertanya. aku macam mana.

satu dari yang memberi cadangan.

satu yang bertanya. siapa ni. tapi ini yang aku tunggu. jawapan.

aku tebalkan juga hati, jangan nanti aku di maki. aku tak mahu ada alasan berdolak dalih. walaupun dalam hati aku tak mahu membebankan sesiapa. aku tebalkan hati. selepas aku di tolak seperti bola. tak kisahlah.

aku sedar, aku menumpang.

13.9.10

lima puluh

tit tot..tit.tot...

bunyi atm. tapi ade dua lagi bunyi tu. ade enam kan askara password. aku tengok baki tak banyak. aku withdraw note limapuluh je. dalam hati. "ala, nak beli sikit, tak sampai sepuluh barang". betul, tengok list kat bawah ni.

first barang: deodorant, dah abeh. aku kerja tukang..eh, technician...up sikit..korang tau camne keringat bukan? aku agaklah korang tau...

2nd barang: milo 3 in 1...tah kenapa la pulak mengidam milo lepas minum ari tu. sihat dan kuat kot. tapi kalau kuat lain, mane tah nak tala.

3rd barang: meggi...wajib ado..kang kalo tak kebulur jam 3 pagi..dan di boleh di masak waktu genting..WAJIB!

4th barang: beli mr potato...rase nak menguyah...nak telan sup lidah..tade lah pulak lidahnye..lidah aku ade lah..

5th barang: ridsect...yang ni pun kategori wajib...rumah aku banyak nyamuk.. rasa nak je terus bakar satu rumah kasi clear sikit. dasar tak reti nak kemas elok-elok.

SEKIAN~..tu jelah yang aku beli..time nak belah tu aku beli waffle..dua.. satu cokelat stoberi, satu lagi cokelat blueberi...ngidam..pembawakan budak kot.

congakkan..semua lima puluh ringgit malaysia. macam tu je dalam 15 minit. gaji tukang..eh.technician macam aku bukan macam gaji lecturer..besau..dua tiga hari lagi ni..meggi jadi makanan rujilah.

itu pun, nasib baik tak kawin lagi..kalau dah kawin, ada baby (produktif)...manekan lampin lagi..itu lagi..ini lagi..cuma yang boleh jimat susu jelah..boleh aje share ngan ayahnya.
.
angan-angan nak ambik cooper sebijik tetap ada..berangan tak salah kan?

tanda tanya

sudah petang, aku seperti ayam yang keliru samada sudah pagi atau hening menuju ke malam.

kejutan ringtone hanyut sewaktu ingin menyuap nasi tadi, dan sekarang tanda soal di kepala yang semakin membengkak dan berat kerana tanda-tanda itu semakin banyak. kenapa tiba-tiba dia call aku tengahari tadi. bicara nya tidak lah petah.

aku cuba bertanya untuk mendapatkan kepastian. jawabnya lesu "tiada apa...,saja"...aku mengiyakan. sambil memberitahu aku di kedai makan ingin menikmati hidangan tengahari aku. dan dia segera menamatkan apa yang aku masih konsider sebagai perbualan tapi tiada klimaks.

aku pelik, apa yang cuba nak di sampaikan nya.

takkan rindu kot...aish..lagi pelik aku..!!

12.9.10

primal

"aku nak kahwin" tetiba tersembul dari mulut aku ketika membungkus tapai pulut. niatnya mahu bergurau dengan mak aku, macam biasalah. ayah aku ke surau. dan masih belum pulang. jadi aku kehilangan talian hayat untuk digunakan.

suasana yang sebelum ni semacam aman tetiba terdiam dan penuh perasaan suspen. kenapa orang tua ni diam dan terus membungkus tapainya itu tanpa memperdulikan aku. aku gelak kecil. nampak aku begitu beria ingin tahu jawapan dari beliau, dia berkata "tak payah lah mengada..banyak lagi benda yang kau belum buat"..katanya serius.

aku pesimis, kalau macam tu nak berkomitmen lain lah. beli rumah dulu, ok tak. kata aku menjawab. konon nak menceriakan suasana. "kau dah banyak sangat ke menyimpan ni, dah tak payah.simpan duit" kata beliau lagi serius.

aku terdiam, sambil meneguk teh o dan meneruskan aktiviti membungkus tapai.

dan aku tahu malam tu dia serius.

*****

tok..tok.tok..rumah aku kene ketuk berselang salam. ada seseorang memanggil dia. aku ke bilik mendapatkan tuala. manalah tahu anak dara yang datang. tak manislah pulak tengok yang belum mandi. aku segera ke bilik air.

*****

selesai bersiram, mak aku cakap "ni tak nak salam ke dengan ni".. aku mengeyeh mata yang agak tak rabun. tanpa aku berfikir panjang "ah, tak payah" terkeluar dari mulut aku. "macam lah aku dah lupa ape kau buat" sambung aku. nak angkat jari hantukan rasanya dia tak paham pun.

aku berlalu ke bilik menyambung ibadah aku.

*****

asrull!! mak aku memanggil. bangunlah. abang solah datang. dah pagi rupanya seloroh aku. dalam aku berguling atas toto yang beralaskan tikar mengkuang tu, lagi sekali suara menyuruh aku bangun. kali ni dari abang aku pulak. yelah jawab aku pendek. seraya bangun.

aku keluar bilik dan tergamam. aish, sejak bila pulak ramai anak dara nak datang beraya kat rumah aku. sepupu aku ke. ah lantak, aku dah keluar dan terus bersalam even masih lagi berboxer. "duk ah, nak mandi, makan lah apa yang ada kay" jawab aku manis dan terus ke bilik air.

*****

raya duduk kat rumah, aku bukannya ramai kawan macam sesetengah orang lain. bila dah dapat laptop balik seronok rasanya boleh menaip.

yang tinggal sorang dua tu pun dah beranak pinak. bertunang even sesama kawan baik. aish, rezeki korang lah. dulu selalu pulak gaduh. ape kes?

dunia, kecil bukan?
.