takala sedang fokus untuk membaling bola tin, mata di tutup sebelah, terpandang akan kelibat budak di bawah pohon pokok memerhatikan kami. aku segera memanggil chikbit. "budak mana tu?" "entah, dia nak join kot?" "hok, compang camping baju koyak.. dasar tak sedar diri nak berkawan dengan kita?" "takpalah, biar lah dia join, lagipun geng sana asyik kalah je, biar dia join mereka... tapi aku nak balik bola ni dekat dia" "celaka kau.."
++++
kemasukan budak compang yang memperkenalkan diri sebagai aqasha tidak mengubah dominasi team kami. tetap utuh dan unggul dengan balingan tepat ke arah susunan tin lima tingkat itu. chikbit dengan gaya sinis "xpac" memandang aqasha. seterusnya membuat balingan tepat ke celah kangkang aqasha. "bedebuk bunyi bola melantun di kulit"..
++++
mungkin kerana menganggap chikbit sudah telalu kurang ajar, aqasha memberontak. chikbit ditenungnya secara rakus. tapi mungkin dia yang membawa watak sibongkok yang masih bongkok tidak meneruskan cita-cita jahat beliau untuk membuat balingan balasan terhadap chikbit. panjang akal dia berfikir tentang kesan-kesan yang mungkin di hadapi dia jika meneruskan niat durjananya.
++++
selang tiga pusingan, chikbit tidak berpuas hati dan melarikan bola. ditinggalkan semua dalam keadaan terpinga-pinga. aku berkata kepada chikbit "itu je bola yang kita ada, takkan lepas ni nak main telur pulak?, kat mana dia tinggal pun kita tak tahu.. macam mana ni?" chikbit yang memang muka sial berlagak macam tiada apa yang berlaku. "jom kerumah aku layan blue".. jawab dia selamba.
++++
"celaka!!"