19.12.10

vendetta_iii.

sometimes it's beautiful without the watermark.

18.12.10

1262.

Can I tell you a story of 1262?

No!

Ok..what about the dreams?

No!OMFG STFU..

*listening to Merdeka - Butterfingers.



Sent from my U5 wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

11.12.10

titik bukan noktah.

You...
who claim to be my judges,
you be careful!
For you too one day will be judged.

[ish, lagu mana nak combinekan tulisan tu ngan gambar (credit to google), if guna photoshop.. eh, kena guna photoshop ke? kalau nak edit hidup balik boleh? biar persis apa yang kita mahu... done!! tamat drama sebabak.. besok masih ada lapan belas ratus babak lagi, dan masa, memang tajam.. selamat malam dolores!]

2.12.10

maskara iii.

bobo secara tiba-tiba berhenti. troli biru yang penuh kotak pakaian pahlawan dilepaskan. aku melihat dia menarik nafas panjang seterus bersandar di dinding tembok tinggi berdekatan.

'kenapa bobo?', ya, aku mungkin berlagak seakan mengambil berat.

'tiada apa bahar, kau tahu bukan?, dia datang balik. tapi aku tak ada apalah, kejap je ni'. kata bobo. matanya terpejam. aliran air mula mengalir turun. itu gamaknya dia tak ada apa. benak aku memikirkan perasaan dia sekarang. aku berceloteh dalam hati. menunggu. menunggu untuk memindahkan semua kotak-kotak ke balai peninjau.

seakan lega sedikit aku membuka bicara, biar dia tahu aku serius, bukannya lagak sahaja.

'dah ok?. ini kau bila nak cek balik?' dah lama aku rasa, kau nak biarkan je ke?', soal aku bertalu. lagak garang, gaya bouncer kelab malam yang berkeahlian garis tiga .

'hurm.. tade ape. aku dah google. memang takde ape'

'eh, ape kejadah kau google je. kau bukan dokter. senang-senang nak buat summary'.

'betul. kejap jelah. tak ade melarat pun. nanti oklah'.

'hish...', aku speechless. geram. tapi kalau aku marah. bobo bawak hati, bawak diri. dengan siapa lagi aku mahu berkawan. siapa lagi mahu mendengar cerita-cerita aku nanti.

'aku bukan apa bobo, aku nak engkau ok je. tak lebih, aku sayang kau...' aku memegang bahu bobo lagak lakonan anak yusof haslam.

bobo tersenyum. ya, itulah yang aku nantikan dari dia.'haha.., babilah kau, jangan buat lawak boleh'.

'eh, betul ape. kau buat ape pun siapa yang appreciate. lagi mereka taburkan kepingan besi dekat engkau adalah kan. janganlah nak fikir sangat tentang mereka. engkau takde, bangunan ini still ada operasinya, bukannya lumpuh... paham!!'.

aku menghela nafas dan menyambung. 'aku tahu masih ada dua minggu bukan yang kita rasa kita patut ada. tapi kita tak tahu lagi apa yang berlaku selepas dua minggu ini.. selagi mereka melihat kita disini, fikir mereka kita baik sahaja. tidak pernah di tanya khabar. jika ada pun, kau rasa itu bagaimana?'.

'takda apalah, ini pun dah ok, kau janganlah membebel'. jawabnya. seperti kebiasaan. bukan nak luahkan. memang sampai matilah kau simpan bobo.
++
masing-masing diam. menolak troli ke dalam lif. ke destinasi menara tinjau. seperti biasa. dalam lif. semua sepi. memang tipikal aku perhatikan manusia yang menaiki lif. diluar bukan main hilai ketawa. tapi terhenti sebaik pintu lif ditutup. seolah ruang sosial dikecilkan. atau lebih kepada muasabah diri di ruang sempit.
++
'eh, bahar! kau dah download lagu r u no 1.. aku nak wat ringtone ni'.

'ceh, senet lah kau bobo. bukan dah seminggu lagu tu jadi ringtone handphone kau. celah mana aku tak bagi lagi lagu tu woit. kot ye pun nak alih topik.. cari lah yang true sket'. kata aku gelak.

bobo muka merah, kedengaran 'cam cibai'.

aku senyum. menolak troli biru.