kulit
hitam keperangan panda dan rambut hitamnya basah dengan peluh, dia menggeletar.
kedinginan malam gurun menusuk tulangnya. matahari mula tenggelam di balik
gunung di belakangnya. suasana malam untuk panda dan platunnya memang
merbahaya. mereka tidak dapat melihat musuh dengan baik.
suara singa dan dubuk
kedengaran mula bernyanyi riang. mungkin itu masa mereka mencari makanan.
keletihan panda mula memakan dirinya. matanya hitam menahan tidur.
panda
berjalan di kalangan platunnya. kelihatan rakan seperjuangannya yang juga rakan
masa kecilnya, komeng di hadapan unggun api bersama beberapa lagi rakan
seperjuangan. panda melirikkan senyuman kepada komeng. kenangan masa lampau
kembali mengusik.
kenangan dia dan komeng bermain perang perang, masak masak, pondok
pondok, kawin kawin dan polis sentry di sekitar kampung menerjah kembali. kedua
mereka ingin menyertai angkatan tentera bukit arnab hitam semenjak berumur lima
tahun. impian mereka menjadi kenyataan ketika ditawarkan biasiswa kolej
ketenteraan di sana.
gelak
ketawa lawak rakan rakan di keliling unggun api menyedarkan panda dari lamunan.
hati kecilnya berkata yang sekarang bukan masa untuk bernostalgia. mereka ada
misi yang harus disempurnakan.
panda memulakan langkah kecil. dia berjalan di
sekitar kawasan rehat mereka di gurun. walaupun kawasan mereka agak berbatu
batan, tapi itulah kawasan terbaik untuk mereka melindungi diri dari musuh.
++++
panda
dan platunnya berjalan secara perlahan lahan. tidak mahu langkah mereka bising
dan mengejutkan apa yang tidak mahu mereka kejutkan. dihadapan mereka terpacak
lembing hitam dengan tengkorak hitam tercucuk di atas.
“kita
mesti sudah makin hampir kapten’, komeng berbisik. panda hanya mengangguk
kerana dia yang paling depan. sudah pasti dia nampak akan lembing penanda
kawasan itu.
++++
GRUPPPP..
bunyi
batu jatuh dari atas tebing. mereka kaku. suasana dingin mula terasa.
‘apa
tu?’, tanya panda sambil telinganya mendengar dengan berhati hati. mana tahu
masih ada pergerakan yang mencurigakan balik batu batan tempat mereka berdiri.
tapi nyata, yang dia dapat dengar hanyalah bunyi jantung platunya berdegup
kencang.
‘mungkin
haiwan liar kapten, harimau bintang atau serigala...’, prebet wedja cuba
memberi pendapat.
panda
menghela nafasnya. mungkin prebet wedja betul, katanya dalam hati.
‘mari
kita gerak cepat!!’, arahnya lagi.
++++
tengkorak
hitam dan lembing makin kerap dijumpai mereka.
riang di hati panda mula bermain, bercampur baur dengan perasaan
berdebar. lembing dan tengkorak, itu tanda mereka makin menghampiri pengakhiran misi mereka, dan disebalik itu,
mereka juga menghampiri bahaya.
++++
‘panda,
kau nampak asap disana?’, soal komeng sambil menunjuk ke arah utara.
panda
melihat ke arah yang ditunjukkan komeng, tidak silap lagi akan kepulan asap
yang naik ke awan dari balik bukit.
suasana
hiatus seketika.
++++
‘itu
mesti mereka, tidak silap lagi’, kata panda kepada 8 orang anggota platunnya.
‘anda
semua tahu apa kita nak lakukan bukan, cuma ingat berhati hatilah semua’,
sambung panda lagi.
semua
anggota platun panda bergerak pantas dan senyap ke arah asap tadi. setibanya di
batuan pinggir kem musuh mereka merendahkan badan dan mengesot mengelilingi
kawasan musuh. rasa suam pasir masih di perut setiap mereka. suam pasir yang
dipanaskan mentari.
dari
atas batuan, panda nampak beberapa khemah didirikan. bendera merah berlogokan
dubuk jelas kelihatan.
‘kumpulan
dubuk merah!!’, terkeluar dari mulut panda.
++++
panda
memerhati kem kumpulan dubuk merah. ahli ahli kumpulan dubuk merah berkumpul
mengelilingi unggun api. mereka berbual, bergelak ketawa dan ada yang sibuk
mengasah parang ataupun membersihkan senjata mereka.
matanya
tiba tiba terpaku kepada seorang yang agak berbadan sasa dan bercacahkan dubuk
di belakangnya. kelihatan dia memakai kalung yang diperbuat dari gigi manusia.
mungkin mangsa mangsa yang dibunuhnya.
‘itu
mesti dia, subki arawien, ketua kumpulan dubuk merah’, fikir panda sendirian.
dia tahu, jika subki arawien ada disekitar kem itu, memang sukar untuk mereka
menewaskan kumpulan dubuk merah. dia tahu, jika mereka berlapan sekali pun
menentang subki arawien seorang, untuk mencapai kemenangan adalah amat tipis.
subki
arawien, memang terkenal dengan kekejaman dan keberaniannya. ketangkasannya di
medan perang juga tiada tandingan. seorang bekas perajurit yang berpaling tadah
kepada kerajaan arnab hitam.
ikutkan
hati, mahu saja panda pulang ke markas. meminta bantuan kompeni kompeni lain
untuk menumbangkan musuh negara mereka. tapi dia tahu, bukan itu tujuan mereka
disitu. mereka diarahkan untuk menyelamatkan mirajane. gadis kecil yang memang
dia sendiri tidak mampu untuk tinggalkan.
‘macammana
aku nak menyelamatkan mirajane?, fikir panda sendirian. ‘subki arawien tu
hebat, mampu membunuh aku sekelip mata.. kecuali ada sesuatu yang mengalih
perhatiannya’. sambung panda bermonolog sendirian. ahli platunnya menunggu
arahan dengan sabar.
suasana
kembali hiatus.
++++
‘baiklah
semua, ini yang akan kita lakukan’, tiba tiba panda bersuara, seolah baru
menyala mentol lampu di kepalanya.
‘aku
akan pergi mencari mirajane. kamu orang semua aku mahu mengalihkan perhatian
penjahat penjahat itu. kamu pergi ke arah selatan. serang mereka. tapi kamu
serang dan berundur. komeng! kau disebelah utara. backup aku. kalau ada apa apa
senang nanti. faham?’ panda menerang dan menegaskan.
platunnya
menangguk faham.
‘bunyi
macam sebuah plan yang bagus’, kata iabi secara tiba tiba. ‘patutkah kita
menyerang menggunakan anak panah dahulu?’, tanya dia lagi. iabi sememangnya
agak perlahan. tapi dia hebat kalau sampai bab jerangkap samar dan letupan. itu
kelebihan iabi. letupan dan iabi memang sinonim. malah rumah tok penghulu
kampung sendiri pun dia letupkan kerana dahan rambutan tok penghulu melebihi ke
pagar rumahnya.
panda
tercengang dan mengangguk. ‘apa saja yang boleh menarik perhatian mereka dari
aku, cepat..sekarang pergi’. arah panda.
++++
BOOM..
BOOOM
‘watefak!!!’,
jerit subki arawien.
anggota
platun arnab manja dari bukit hitam itu menjawab laungan subki arawien dengan
pantas berlari menuruni bukit batuan ke arah kem dubuk merah. mereka menjerit
seolah hilang akal. sekarang platun arnab manja sudah dahagakan darah. mereka
dahagakan darah dubuk merah.
ZUUUPP..ZUPPP
anak
panah berterbangan menhujani kem dubuk merah. iabi seorang menyerang mereka. yang
lain berlari dengan pedang dan senjata. berkilau apabila terkena cahaya unggun
api dan cahaya bulan.
bunyi
letupan dan pedang pedang berlaga ditengah kem dubuk merah. mkha, ahli platun
arnab manja yang kelapan menyerang dengan machine gun nya. dia ketawa apabila
darah memercik ke tanah.
++++
panda
perlahan lahan menuruni bukit batu batan menuju ke kem dubuk merah. peluh
membasahi dahinya, dadanya turut kencang seolah selepas sudah inzalnya. dia
mengintai ke setiap khemah mencari mirajane. dalam kepalanya berdoa dan
berharap yang dubuk merah dan subki arawien tidak membunuh semua anggota platun
arnab manja bukit hitam sebelum misi mencari dan menyelamat mirajane berakhir.
++++
ARRRGGHHHHHH
seseorang
menjerit kuat. panda mendongak kepalanya. seorang anggota platunnya sudah gugur
ditikam buluh runcing. matinya syahid,
anggota keempat arnab manja dengan buluh runcing menyedarkan panda. dia tiada
masa untuk dibazirkan. semua harus disegerakan. dia harus mencari mirajane.
++++
tiba dikhemah terakhir. panda mendengar suara
rengusan perempuan dari dalam. biarpun mungkin itu adalah pasangan yang sedang
berjima, tapi semangat panda untuk melihat semakin kuat. hanya itu sahaja
khemah harapannya untuk bertemu mirajane. dia berlari anak memasuki khemah
terakhir itu.
kelihatan
seorang gadis, tangannya terikat kemas. mulutnya disumbat dengan pisang.
pakaianya koyak rabak. matanya kuyu. hati panda melonjak kegembiraan. itulah
mirajane.
++++
‘jangan
takut mirajane, aku panda. aku datang nak selamatkan kamu’.
panda
pantas ingin membuka ikatan mirajane.
++++
‘TIDAK
JIKA AKU TAK BENARKAN!!’, suara asing menjerit dibelakang panda.
panda
menoleh. subki arawien berdiri dibelakangnya. serta merta kakinya menggeletar
apabila dia melihat mata subki arawien. dia kaku. pundi kencingnya terasa
penuh.
‘kita
bertemu lagi panda. tapi kau ingat aku bodoh?’, bentak subki arawien. ‘ini
adalah penghabisan buat mu panda, namamu akan tinggal dalam lipatan sejarah
bodoh negara ini’.
++++
ZUPPPP...ZUPPPP
subki
arawien menghayun parang besarnya. sebesar parang ketua penyamun dalam cerita
ali baba bujang lapok sewaktu memenggal kassim baba.
panda
melompat mengelak libasan parang subki arawien. angin dari libasan parang itu
jelas terasa oleh panda.
panda
tahu, dia tidak boleh mengikut rentak subki arawien selamanya. walaupun dia
takut, dia tahu yang dia harus membunuh subki arawien.
‘bagaimanakah
caranya’, bisik panda sendirian sambil melompat dan menunduk mengelak libasan
parang subki arawien.
panda
memberanikan diri. pedangnya dihunuskan untuk mencucuk mata subki arawien. tapi
apakan daya. subki arawien sememangnya pantas. kedua senjata mereka berlaga.
pedang panda tercampak jauh. dia memegang pergelangan tangannya sambil berlutut.
sememang tenaga subki arawien bukan tandingannya.
dia
melihat subki arawien. dia pasrah jika dibunuh sekalipun. dia tahu dia sudah
mencuba.
subki
arawien ketawa seolah memenangi pertarungan itu. orang jahat memang suka ketawa
barangkali.
‘maafkan
aku mirajane’, kata panda perlahan. dia pasrah kerana tidak berjaya membawa
mirajane pulang.
++++
‘RAKSASA
CELAKAAAA!! KEMARI KAMU GORILLA DURJANA’, jerit suara garau dari belakang subki
arawien.
panda
membuka matanya perlahan. dia melihat komeng meluru kearah subki arawien dengan
memegang pedang.
‘mungkinkah
aku akan selamat’, persoalan itu bermain di kepala panda.
panda
mahu berteriak kegirangan apabila mata pedang hampir menusuk belakang subki
arawien tapi nyata subki arawien bukan juga tandingan komeng. subki arawien dengan
pantas berpusing dan menusuk pisau kecilnya ke dada komeng.
panda
terkedu. komeng rebah.
++++
panda
kehilangan seorang sahabat baiknya. persahabatan dia dengan komeng yang dibina
semenjak dua puluh tahun lalu. kemarahan membuak didadanya. hanya kematian
subki arawien akan menuntut bela diatas kematian sahabat baiknya itu.
++++
panda
meluru ke arah pedang komeng yang terpacak ditanah. pedang keramat komeng yang
diperolehinya dari gurunya.
panda
melompat tinggi ke udara sambil kaki kanannya memberikan sepakan padu gaya
tujuh dulang ke dagu subki arawien.
gorilla
durjana itu rebah. dia meraung. raungan kesakitan dan marah. dia cuba bangun.
belum
sempat subki arawien berdiri, panda menusuk pedang keramat komeng ke dadanya.
darah memercik ke muka panda. lengan putihnya kini bertukar merah.
kini
subki arawien yang tinggal sejarah. seperti sejarah mat komando ditembak
pasukan polis. panda ketawa kecil. hatinya puas melihat tubuh subki arawien
bercahaya dan hilang menjadi abu. mungkin itulah keramatnya pedang komeng.
tiada kesan degil ditinggalkan untuk csi membongkar rahsia pembunuhan.
++++
panda
segera mendapatkan mirajane kembali.
‘awak
dah selamat sekarang, mirajane’, dia memeluk mirajane erat. ada suatu perasaan
di dada panda apabila dia memeluk mirajane.
lirikan senyuman mirajane terukir diwajahnya.
++++
‘PLATUN
ARNAB MANJAAAAA, UNDURRRR.... MISI KITA DAH SELESAI!!!’,
++++
panda
dan anggota arnab manja bukit hitam berlari keluar dari kem dubuk merah yang
bakal menjadi sejarah negara arnab bukit hitam. sekejap lagi sinar matahari
akan menjelma. mereka kena cepat sebelum matahari memancar.
untuk
seketika panda berpaling melihat kem dubuk merah. tempat bersemadinya sahabat
baiknya dan beberapa anggota platunnya.
dan
KABOOOOMMM!!!
iabi
kelihatan menari nari selepas meletupkan keseluruhan kem dubuk merah. ketawanya
tidak putus.
bau
belerang dan asap terbakar bersebaran ke hutan.
tiada
lagi kem dubuk merah.
++++
‘tuan,
mana gadis misi kita?’, soal iabi kepada panda setibanya panda dikawasan
pertemuan mereka.
‘eh,
mana mirajane?’.
end.