24.1.12

orgasm?

























sepanjang drive dari bukit kayu hitam atau danok terus ke phuket balik ke krabi dan hadyai lepas tu keluar di wang kelian memang tak lalu satu tol pun. terasa kagum pula dengan thailand ni.

22.1.12

Hiatus Moment.

What if..the answer is 'NO!'. What would i do. What would i be?

posted from Bloggeroid

20.1.12

Celaru Pes Sirap

Panda nekad. Belati yang baru diasahnya dibenamkan ke dada. Mencari hati yang dikatakan orang. Bunyi membelah dan tulang terpotong jelas. Tangannya mengagau mencari. Mungkin sebelah kanan. Mungkin sebelah kiri.

Tiada.

****

Panda merenung tajam komeng. Tangannya masih kemas dileher komeng. Tiada nafas lagi apabila menjadi mayat. Dada panda berombak kencang.

"Aku dah cakapkan, jangan judge aku, engkau tu dengki" bisik panda pada telinga komeng. Serentak tukul yang digenggam dia dihayunkan ke kepala komeng.

BUKKK!! BUKKKK!!

Bersepai. Tiada lagi rupa komeng. Kepalanya dah jadi cili giling. Lumat dan hancur.

Keletihan, panda tersandar didinding. Rokok malboro light dicapai. Dia menikmati rokoknya. Komeng, yang dulu pernah menjadi kawan karibnya disebelah. Tempurung kepalanya dijadikan bekas dia memetik abu rokok.

"Aku mesti settlekan komeng malam ni juga. Kalau siang, nanti ramai yang tahu", bebel panda sendirian. Tampak seperti sudah tidak siuman. Percikan darah penuh dibaju dan mukanya. Hamis dan hanyir meresap ke hidung tidak dipedulikannya.

Hembusan demi hembusan asap rokok dari mulutnya. Mungkin itu menenangkan. Manakan tidak, difikirannya hanya ada elly. Bukannya komeng yang tiada rupa itu.

****

Panda mengayuh laju basikalnya. Hajatnya mesti disampaikan pada Elly. Dengan klu klu yang diberikan, dia juga yakin Elly ada perasaan sama. Elly yang tak pernah berhenti melayan dia. Elly yang selalu ada semasa jatuh bangun panda. Panda tahu, itu lebih dari seorang kawan.

Dan dia juga senang dengan elly. Dia memang sukakan elly dari mulanya.

SREEEETTTTT

Panda membrek gaya ahli stunt basikal bmx. Walaupun yang ditungganginya hanyalah basikal adiknya. Berenda merah di handle nya. Tapi panda pedulikan apa. Elly yang dicarinya ada dihadapan.

ELLYYYYYY...tunggu!!

'Haaa, panda apa kau mahu? Kata nak jumpa minggu depan. Kenapa sekarang sudah muncul.'

'Errrr... Aku .. Aku.. .' lidah panda kelu. Dia mampu tersenyum.

'Aku bukan apa elly, aku dah tak sanggup dengan semua ni. Payahlah teringatkan orang yang jauh.' muka panda merah.

'Kau kenapa? , buang tebiat'. Elly terkesima.

'Nah!' panda tidak membuang masanya. Botol berisi cecair merah dihulurkan kepada elly. Botol yang ketat penutupnya. 'Ini untuk kamu katanya lagi'. .

'Apa ni panda?, macam pes sirap?’

'Errrr, itu hati aku. Aku keluarkannya. Aku nak serahkan pada kamu' sambil panda menunjukkan bekas belahan di dadanya. Nampak hasil jahitan yang gopoh gapah. Memang panda mengeluarkannya sendirian.

'KAU GILAAAA!!'

Seraya elly mencampakkan botol berisi cecair merah, yang sesekali nampak isi seketul daging ketika ianya berkocak.

PANGGGG!!!!

Botol kaca itu pecah. Isi kandungannya juga turut sama. Mungkin panda lupa untuk meletakkan label


"FRAGILE, HANDLE WITH CARE"

16.1.12

Monstrous Monday

I marked the date with 'X', colored the next day box on calendar with black. Where i feel so empty without X, only black.

Black shall not return to grey.