17.2.23

Obshchak I

 Perubahan itu pasti seperti mati!

Ini soalnya kerja. Dalam masa dan fasa perubahan dan transformasi. Banyak sekarang pagar dan garis dibina yang mana sebelum ini tiada. Jadi kurang rasa!

Kurang enak bila konsep "taichi" diguna secara meluas. Campakkan ke pagar sebelah. Bukan masalah kami lagi. Konsep tidak enak!

Babi!

26.8.21

Kerberos: Topeng

Tepat jam enam pagi.

Pengera jam berbunyi panjang. Selepas tiga kali meletakkan jamnya dalam mod tunda, Komeng bangkit ke kamar mandi. Rutin harian menanti dirinya pabila terbit mentari. Dunia masih luas untuk dia terokai.

Usai segala, sisa terakhir milo yang dibancuhnya sebentar tadi dihirup perlahan.

Sebelum keluar. Komeng perhatikan biliknya. Perhatikan keadaan yang akan dia tinggalkan. Mencari jika ada sesuatu yang tertinggal. 

"Seperti tiada apa", katanya dihati. Seraya pintu biliknya dikatup rapat.

Baru saja hendak menyarung sepatu. Dia berhenti, benak fikiran teringatkan sesuatu. Sesuatu yang tidak sempurna jika keluar tanpanya. Gegas dia berlari kebilik. Dibukakan pintu. Dicapai dan dipakainya. Dilihatnya di cermin, jelas wajah dengan senyuman kebahagian.

Tapi menyorok sugul dibelakang topengnya.

30.7.20

Elipsis 2020.1

Hari ni terdengar berita kematian hamba Allah yang tak dikenali. Meninggal di bilik air pada waktu pagi. Mati tak menunggu ketika dan tempat.

Yang aku ni masih tarik selimut di waktu subuh.

9.8.17

Interim III

Dalam pada tak tahu arah tuju. Mungkin disini atas attitude, kerana kebolehan boleh diajar.

Katanya.

Tapi betulkan?