24.8.10

ramadhan sudah 15 hari

hari ni, yang aku tau...masih ada cakap-cakap..aku tahulah..dinding ni semua mendengar..

baik diam dari bercakap, bak kata senior aku time kene ragging masa diploma dulu "engkau ni ibarat semut, disepak mati, ditiup melayang"..so aku bukan siapa..yang tiada apa..tapi aku takkan berhenti mencari..~

sekejap je kan dah 15 hari..nice~
.
aku tahu hubungan kita makin jauh..ditelefon pun hanya mendengar desiran angin..tidak seperti dulu..aku mahu masa dulu..tapi aku tahu, ianya mustahil..hati aku sudah putih..kita diam, tapi yang ini aku tidak menikmatinya..tolonglah~

23.8.10

tangan bersilang ke dahi

malam...dengar thin air...rase nak pasang kuat-kuat sampai jiran panggil ahli surau..

kan bagus kalau ade satu set speaker yang power..tv lcd 52 inci..dengan player blue ray..

argh..tade ape..aku penat, tapi mata macam tak mahu lelap.

boleh tak aku taknak tidor sampai minggu depan..

takut terlepas sesuatu yang baik..ehm, bolehke?

mana tahu ada.

22.8.10

alzhemer iii

kali rase macam nak cakap shit panjang-panjang. hantuk-hantuk kepala kat dinding. patut ah bukan main lagi abang aku abehkan kedit henfon mak aku semalam koling aku. aku lagi sedar memang aku dah tualah.
.
sebab aku lupe, semalam hari lahir mak aku..
.
dan, hari ni baru aku call die wish..~
.
-selamat hari lahir mak!!-

penisilin hidup ii

dulu die penah eliminate aku time pemilihan pemain bola sepak. aku tukar main hoki jap. tapi itu kejap jelah. die bawak team yang aku nak join tu menang. katanya satu gol sepuluh sen. time tu memang besar sepuluh sen tu.

dia juga take over aku sebagai ketua patron. mungkin dia lebih layak. dan....dia gagah..erk..itu subjektif.

tapi dia tetap mendahului aku, pagi tadi dah pulang ke rahmatullah sebelum aku pulang. muda lagi.

hidup ini memang tak lama bukan?
.
-alfatihah-