18.12.13

Buang

Selagi bukti itu kau simpan. Selagi itu kau ada rasa yang terlarang. Bukan kau tidak sedar. Bukan kau tidak fikir. Bukan kau tidak tahu. Dia tidak fikir pasal kau. Tidak pernah lagi.

Tapi ada sesuatu yang lebih pelik.

Rasa.

Jadi, buang jauh jauh. 

CTRL + ALT + DEL.

Sudah!

1.11.13

Ajaib.

Katakan engkau sanggup lari. Hilang bersama aku. Kita lari dan lari.

Kita lari jauh dari segala. Lari ke dunia ajaib kita.

Menghilang dari segala. Melupakan semua.

Sampai mereka bertanya kemana kita.

Engkau sanggup?

Ya?

Tidak?

Mari pergi.

Hilang.

Lima Tahun.

Tahun 2008 aku graduate. Aku start kerja pertengahan 2008. Aku tak reti duduk diam. Menikmati waktu waktu bulan madu.

Lima tahun kerja. Tiga tempat. Aku masih tidak tahu apa yang aku cari. 

Masih. Tidak tahu.

Masih.

16.10.13

Cerita.

Di hujung sungai. Kelihatan kelibat Panda di pohon buluh. Berehat barangkali sambil menikmati pucuk buluh muda. Ditambah dengan bunyi aliran sungai. Tiupan angin yang sepoi sepoi. Suasana aman sekali.

"Hai Panda...", tegur Mirajane.

"Hmmmmmm...", ringkas jawapan dari Panda. Pemalas gamaknya.

"Buat apa kau diatas itu?, kesinilah, mari aku mahu berceritakan tentang hati aku ini. Koyak rabak. Hari ini lunyai dengan orang sekeliling aku. Mereka hentak. Mereka pijak.", Mirajane membuka cerita.

Bingkas dari pembaringan, Panda membuat satu hayunan mehampiri Mirajane seraya bertanya "Apa yang kau buat?".

"Entah, mereka mahu aku begitu begini. Tiada peluang aku membentuk, meminta dari mereka. Jika ada tidak dilayan. Kenapa mereka tidak mahu faham dengan aku? Kenapa mereka melayan aku begini. Hari hari aku begini. Di hentak, dipijak, lunyai.", adu Mirajane lagi.

"Dah lama?", ringkas soalan Panda.

"Ya, sudah lama begini... Masih mereka tak mahu mengerti aku...", kata Mirajane.

Panda senyum sinis. Diam sambil memanjat pohon buluh kembali. Pucuk buluh muda seakan lebih menggiurkan seakan melihat porno.

"Habis kenapa dengan harapan kau? Kenapa ada pengharapan lagi dengan mereka.... not here, not now!!"

Panda hilang dicelah rimbunan buluh meninggalkan Mirajane.

Angin bertiup sepoi sepoi bahasa. Aliran sungai mengiringi berirama. 

Suasana kembali aman.