aku dengar seorang ibu menasihati anak perempuan beliau ketika di kedai makan. bagus amanat-amanat sebegitu.
antara nasihat "ko belajar elok-elok, sekarang ni makin susah, biar nanti hidup senang"..sambil si anak bergurau senda dengan adiknya lalu terkeluar lah makian memaki adik sendiri. biasalah bukan, itu asam garam. si ibu berkata "jaga bahasa, nanti takde orang nak, tua-tua nanti ko berseorangan" si anak ketawa sambil si ibu meminta telefon beliau untuk melihat video karaoke yang di sertai anak beliau. mungkin itu hebat bagi mereka dan menyuruh anak nya berusaha lagi. oh~
aku memerhati di hujung mata perlakuan semua orang, telinga mendengar, sambil mulut memamah nasi. bila aku mahu membayar aku terdengar "takkan kau nak jadi macam orang belakang tadi tu nanti, makan sorang-sorang, bawak motor saje...bla..bla...bla..serabai." oh makcik..aku masih lagi di situ kot..sedih lah..dan terima kasih sebab gunakan aku sebagai contoh..
aku gembira dengan contribution yang aku boleh bagi. tapi tak paham kenapa aku harus mendengar si orang tua tu bergaduh dengan sayang dia bila aku pulang..aku nak rehat..!
637 am tulis blog.
ReplyDeleteeh..betul ke jam tu..
biar la apa orang kata.eh..macam lirik lagu~
630 am. masa komen ini ditulis sebenarnye. sila betulkan jam blog anda.
ReplyDeletesabarlah..
ReplyDeletethen dont know u pun...