21.11.10

ethos.

'tunnnggg..tungggg..' bunyi dari dalam kapal selam HAT97.

empat krew sedang berpakau di tengah kawasan makan. bunyi tapak kaki di merata.

'yeah, full house.. kau boleh lihat betapa hebat nya aku'. sinikal dari krew fubu.

'ah, shitt, selalu je engkau yang menang'. suara dari belakang.

'baiklah, aku off'. seorang mengalah. yang tinggal sekarang kpt. gordon dan krew fubu.

'krew fubu, sekarang kita berdua. mari lihat apa yang kau ada'.

'argh.. tiada apa', keluh krew fubu.

'tengok, dah agak dari awal. engkau tak boleh meneruskan game ini. sama seperti menyelamatkan nyawa'. sergah kpt. gordon.

'jika ini adalah kehidupan kita. kita memang di laut' suara sumbang dari belakang.

'macam neraka, inilah hidup kita. bagi dua laser dan meriam. kita bergolok-gadai mempertahankan tanah itu..mereka disana bergembira tanpa memikirkan kita disini', sambil kpt. gordon menunjuk ke arah utara.

'hey, ini kan pakau. bukan ruang untuk mengait baju sambil kau berborak' lagi suara sumbang kedengaran lagi.

dari jauh kedengaran jeritan memanggil kapten. BANGG!!, pintu bilik utama dikuak.

'KAPTEEENNNN!!'

'nazirmi, ape kau buat disini, siapa di bilik enjin'. soal krew liew.

'kapten, kita tak cukup kuasa untuk menjana bateri untuk menggerakkan kita, kapal selam negara Nacu sedang membidik, kapten tolong..aku tak mahu matiiiiii'..... jerit nazirmi si penjaga enjin kapal selam.

'hey, nazirmi, diam!! aku kapten, tiada siapa yang akan mati dikapal ini.. jumpa aku di bilik enjin sekarang'.
+++
masa yang sama di bilik evacuation.

'hudbron, jom ikut aku', bisik krew masakan savy. 'lihat, aku dapat satu kapal FK11 untuk kita keluar dari sini'.

hudbron, krew keselamatan laut 'hei, kamu savy, aku bukan dalam grup kamu, kamu mengajak aku untuk mengkhianat fleet kita, untuk apa?'.

savy tidak menjawab. sebaliknya dia senyum sinis. tiada siapa tahu. dia ialah ajen Nacu yang menyamar sebagai tukang masak 10 tahun yang lalu. misinya mendapatkan maklumat dan membocorkan pertahanan. tapi dia jugalah yang mensabotaj kemajmukan dan ikatan persaudaraan HAT97.

'ah, ikut aku, kamu pasti selamat... lagipun aku ada apa yang kamu perlukan. bukan nya mereka'.

hudbron tidak berfikir panjang. dia mengambil keputusan untuk mengikut savy. ke negara Nacu. yang bakal memberikan apa yang diingini beliau. bukan di Sidkan. tempat dimana dia tidak mempunyai teman untuk berbual tentang access card yang dipelopori beliau.

mereka belepas ke kawasan angkatan Nacu. hudbron membawa seribu harapan. meninggalkan kapal selam kpt. Gordon angkatan Sidkan yang hampir tenggelam.

'takpe, savy bunyi nya seperti orang baik. mungkin aku yang silap selama ini, lahir di Sidkan' bicara hati hudbron sambil mematikan alat komunikasi fleet Sidkan.
+++
kpt. gordon dan nazirmi serta beberapa krew ke bilik enjin. kapal mereka mula di masuki air. pintu-pintu utama mula ditutup secara automatik. kuasa ke bilik-bilik yang kurang penting dimatikan. lampu kecemasan mula menyala. dua tiga mayat timbul dari dalam air. itik-itik juga berenang dengan gembiranya.

'ah, ini masalah injap. ianya tidak merombos udara dengan betul. jadi tiada udara di dalam ini'. kata gordon.

'ye ke, apa kata kita hembus nafas kat dalam ini ramai-ramai..'. groomulum memberi cadangan.

lantas, dia ditolak oleh gordon memecahkan kaca pemadam api dan kapak. gordon dengan segera mengambil kapak dan membelah sistem pam utama supaya udara yang tersumbat itu keluar.

BOOOOM!! HAT97 bergegar. lampu kecemasan tanda diserang di nyalakan.

'babi'. kata gordon sambil melihat bangkai babi hanyut di dalam kapalnya.

lampu kecemasan mula padam. gordon melihat hudbron bersama savy meninggalkan HAT97 dengan FK11 kesayangan beliau.

'babi lagi, haram sungguh'. seloroh gordon sambil menunjuk jari hantunya ke atas.

'aku takkan matiiii!!.'

jeritan gordon hilang selepas pihak Nacu membedil HAT97 dengan superbeamblaser.

selamat tidur gordon.

4 comments:

  1. ko ni gila ke ape. citer pasal tempat banting tulang ko bleh putar2 macam ni ke? haha

    ;p

    aku tembak. selalu tak kena. erk.

    ReplyDelete
  2. erk....jom time crisis III

    **blh buat cerita bedtimestory tuk anak2**

    ReplyDelete
  3. naza, kau kecik dulu.. selalu sangat jadi budak baik. bidikan tepat tu hebat. kena tepat-tepat.

    pernah buat bedil buluh?

    yantie, time crisis iii. ok, itu epic zaman dulu kala. tapi boleh je nak repeat.. cuma kau..

    ade berani?

    haha..

    ReplyDelete
  4. serol..*cough cough*
    skill aku semakin baik babe...kurang2 aku maju ke level 3..tapi takat tu jelah..token dah habis

    ehemsss2...berani berani..jom!

    ReplyDelete