'brrrrrrttffttt', telefon tangan aku bergetar seraya lagu mat bond berkumandang. aku melihat pemanggil. terpapar nama ibu aku. gembira rasa hati, baru teringat sudah ditelefon. memang naluri keibuan.
seperti biasa, sesi bertanya khabar dihabiskan. tapi aku semacam boleh mengagak ada perkara lain yang dia nak bertanya atau sesuatu terbuku di hati yang hendak diceritakan. tapi dua-dua diam, kedengaran bunyi kipas meja 16" berputar.
'ada surat dokter untuk kamu, bobo!, kenapa tak bagitahu awal-awal?.
'erk, surat... dokter... ape ni.. ceritera apa ni? tanya aku perlahan inginkan kepastian.
'aish.. dah ade nama kamu.. surat siapa lagi?' suara ditinggikan berbaur tegas.
'erm.' aku tersentak tanda kantoi. memang salah aku. kenapa dulu semasa pendaftaran aku dengan selamba menulis alamat dia. 'entahlah, tak dapat apa pun.. mana tahu.' jawab aku perlahan, cuba mengelak di soal siasat dengan lebih lama.
'maksudnya, yang kamu selalu mengadu itu ada kaitanlah ya?' sesi soal siasat dimulakan.
seperti peromen yang kantoi di tangga, tiada lagi alasan yang boleh diberikan bilamana aksi dirakam. 'mungkinlah kot', jawab aku perlahan.
'dah, kalau macam tu, tak payahlah nak duduk jauh-jauh lagi. baliklah. kalau jadi apa-apa nanti siapa nak jaga kamu?, dah la jauh'. suara lembut di corong speaker telefon.
'takpelah, mana ada apa'. kata aku membantah. 'lagipun kalau bobo balik, nanti siapa nak menjaga keamanan negara, ibu pun tahu bukan, laskar kita semakin kurang sekarang, yang ada pun bukan yang patriotik sangat, semua orang nak merubah dunia ibu, tapi siapa yang nak mati, nak berkorban untuk itu?', bebel aku membantah. sememangnya mereka tahu, aku seorang yang keras kepala. degil. hitam kata aku, hitamlah aku dan mereka.
jika hitamnya aku, mereka pula putih. nescaya, ada yang menanti dengan bedilan dan letusan lahar kemarahan seolah versuvius yang memuntahkan isi perut bumi pada tahun 1979. kerana ayam punya angkara pun aku bermatian. inikan pula perkara remeh.
'siapa lagi tahu?', tanya aku inginkan kepastian.'belum lagi', jawabnya pendek'jangan bagitahu sesiapa ya, nanti hilang seronok', kata aku mencuba.
'..............', tiada bunyi persetujuan ataupun bantahan.
'takpelah, nanti kalau apa-apa, bobo bagitahulah, jangan risau, bobo berjuang untuk negara, kalau bobo mati pun, biarlah pergi dengan menyumbangkan sesuatu untuk ibu dan ayah. bobo taknak susahkan sesiapa lagi. bobo janji'. luah aku, tapi aku sendiri tak paham kenapa aku keluarkan ayat sebegitu.
bunyi tangisan di hujung talian.
'hurm, nanti bobo pulang, kita bincang yer'. kata aku memujuk lagi.
'kenapa tak bagitahu awal-awal?', nada teresak di sana.
'bukan taknak bagitahu, cuma taknak sesiapa pun susah hati, ibu tahu bukan bobo macam mana?, tak sukalah macam ni, memang bobo keras kepala, tapi kalau boleh bobo dah tak mahu jadi macam tu, bobo taknak jadi pendendam lagi, siapa-siapa yang buat salah dengan bobo, bobo dah maafkan, tak guna nak simpan dendam lagi, bobo nak dekatkan diri dengan DIA, hajatnyalah'. kata aku bertegas dicampur rasa serba salah. 'tapi nanti boleh tak kirimkan surat tu kat bobo, nak confirmkan dululah', sambung aku lagi.
"BOOOOOOOMMM!!!!", bunyi letupan dari luar kem secara tiba-tiba menganggu perbualan.
'BOOOM.... BOOOM'.
'bunyi apa tu?' soal ibu aku.
'mercun, diorang main mercun... sekarang kan deepavali', jawab aku
'ape kejadah deepavali pun ade mercun?' soal dia tetiba, dan aku tahu aku berjaya mengalih topik konversasi.
aku gelak dengan sinis seraya berkata 'alah, kata 1malaysia, sesiapa pun boleh ape main mercun, cuma meriam buluh je kita pegang lagi'.

+++
dua-dua diam, lagu shoot the space cadets semakin rancak.
bobo..
ReplyDelete