Bunyi unggas malam semakin merdu. Unggun api yang si Komeng dan Panda buat terus menyala menghabiskan putung putung kayu yang tinggal. Suasana berfikir mencari idea jelas di raut wajah masing. Jelas kerut kening seakan meneran isi perut untuk keluar.
‘Kita mesti selesaikan perkara ini malam ni juga Panda, aku simpati dengan kau, menanggung ini hari hari’.
‘Betul tu komeng, aku pun dah tak larat lagi’.
Suasana kembali diam. Kerut kerut dahi kembali. Peluh mula keluar dari dahi masing masing. Malam semakin suam. Yang kedengaran hanya suara unggas unggas dan kibasan kepak kupu kupu malam berterbangan mencari madu.
‘Ayuh, kita panggil Pak Cik Din Komtang’, Komeng memecah buntu suasana tegang.
+++
Selesai melukis simbol pentagram di tanah, Komeng segera membaca mantera mantera yang dia belajar dahulu. Niatnya hanya satu, ingin menolong si Panda. Dari raut muka, dia ikhlas.
‘Pong prang, prong prang..kwekk. kewek..’, Panda hanya mendengar lagu yang keluar dari mulut Komeng. Entah apa yang di sebut, dia sendiri tidak pasti. Yang pasti Komeng memang lebih hebat dari dia.
+++
GROOOOOMM!!!
Asap putih berkepul kepul keluar dari entah mana. Muncul Pak Din Komtang di antara asap asap yang semakin menebal. Bau bau sulfur jelas menusuk hidung.
‘Kamu nak apa?, soal Pak Din Komtang. Matanya membutang. Hitam di bawah matanya seakan si Panda. Konon tanda kurang tidur malam, mungkin kuat berzikir.
Komeng bersuara ‘Saya nak minta Pak Cik tolong kawan saya ni, dia…….’ lantas di potong Pak Din Komtang.
‘Oit,budak mentah!! Aku hebat. Tidak perlu kamu bicara kenapa, kamu kenal aku siapa bukan?
‘KOMTANG the SHAMAN’. Sahut si Panda dan Komeng serentak seperti kanak kanak riang di tadika.
Berdua mereka beraksi Action Kamen di hadapan jelmaan Komtan.
‘HAHAHAHAHA, bagus… bagus… orang muda’. Pak Cik Komtang ketawa besar sambil mencekak dada sendiri. Kelihatan dari celah gigi kesan kesan Polident yang masih kekal.
‘Patutlah ketawa besar’, bisik si Panda kepada Komeng.
Asap putih mula hilang, membuat Komeng dan Panda tergamam. Pak Din Komtang hanya berboxer. Mahu sahaja mereka ketawa melihat gambar Spongebob di boxer beliau, tapi di tahan dek kerana muka Pak Din Komtang yang legend dengan parut melintasi bawah hidung.
Mereka diam.
+++
Peluh jantan Pak Din Komtang mula keluar dari dahi beliau. Bacaan bacaan Sanskrit yang tidak dipahami terpancul pancul dari mulut beliau.
ARRRGGGGHHH
Panda menjerit secara tiba tiba. Badannya kekerasan. Matanya terkatup rapat.
Komeng tidak paham, apakah itu kesakitan atau kesedapan yang si Panda alami. Nampak seperti saat orgasm seorang wanita Russia.
‘Oit, orang muda. Tabahkan hatimu. Biar aku hapuskan apa yang menganggu kamu selama ini’. Bentak Pak Din Komtang, tapi bersuara garau. Lebih jantan dari suara Pak Din Komtang setengah jam yang lalu.
‘Haaaa….puskan semuaaaaa…. Pak Cik Komtang!!’, Panda berusaha meluahkan isi hati sendiri dari terbuku di kerongkong. Panda berani.
Komeng senyum. Biar tamat penderitaan si Panda.
+++
Jeritan Panda jelas di sahut dengan ngauman, salakan dan kokokan penghuni hutan. Mungkin mereka merasakan apa yang di rasai Panda.
Pak Cik Komtang jelas memegang dada si Panda. Mulut nya terkumat kamit.
‘Pak Cik, minta hilangkan semua perasaan saya. Biar saya jadi hati batu’, Panda berkata kata. Biar pun mulut sudah dipenuhi peluh dari dahi sendiri dah air liur bacaan mantera Pak Cik Komtang.
‘Jangan risau wahai orang muda, ini belum apa apa’.
Darah hitam mula mengalir dari telinga dan mulut si Panda. Muka Komeng berkerut kerut. Mulutnya di katup rapat. Matanya menyepet ala ala Chinese look.
Suasana kembali sunyi sepi bila Pak Cik Komtang mengalihkan tangan dari muka si Panda.
+++
Komtang melihat Komeng dengan pandangan tajam. Seolah lelaki durjana yang rakus melihat tubuh artis porno wanita dari Russia, yang dikategori kan dalam kelas manusia berdada besar.
Dasar memang lelaki jadinya perasan. Komeng perasan pandangan dari Komtang itu. Tapi dia sendiri tidak pasti dari mana kajian demographic ini di jalankan. Self test atau memang ada lembaga yang menjalankan kajian berkenaan saiz buah dada manusia di muka bumi ini.
Persoalan yang timbul di kepala Komeng, berlegar legar dengan muka cuak melihat pandangan Komtang yang makin tajam.
Pandangan membunuh dari Komtang disertai oleh si Panda. Dia juga melihat Komeng.
Dalam fikiran Komeng, tiada lain. Mereka sudah di rasuk.
Dalam fikiran Komeng, tiada lain. Matilah dia.
Dalam fikiran Komeng, tiada lain. Juliana Evans.
Dalam fikiran Komeng, tiada lain. Dia masih teruna.
+++
‘Engkau kentut Komeng?’, soal si Panda. Tangannya mula menutup hidungnya sendiri.
Komeng hanya tersengih.
Komtang tersentak bangun. Memarahi si Panda kerana menutup lubang hidungnya.
‘Oit, kita ini orang jantan. Bau telur tembelang bukannya apa apa… ianya tidak membunuh engkau wahai orang muda. Kalihkan tangan dari hidungmu anak muda. Biar bau ini bersebati dengan jiwamu’.
Komtang bangun dan berjalan ke pokok cengal berdekatan. Kedengaran bunyi orang muntah di balik cengal.
Panda dan Komeng tahu. Di situ tiada sungai. Manakan datang hantu si badang untuk memberi muntah.
Komeng tersengih.
‘Sorry, aku tak tahan lah Panda’.
Komeng tersipu. Jari telunjuk di kedua belah tangan di gabungkan. Gaya comel. Matanya dibulatkan, dengan harapan Panda dan Komtang sejuk hati melihatnya.
‘Kau makan ape celaka? Ini bau makanan haram’.
‘Bodoh!!’. Komeng bangun. Nadanya merajuk.
+++
‘Mari kita sambung upacara tadi, masih tertinggal saki baki perasaan dalam dada kamu’, kata Pak Cik Komtang selepas muntah muntah di pangkal cengal. Matanya masih berair.
‘Kenapa kamu mahu membuang semua perasaan kamu?’, Pak Cik Komtang mula menyoal. Dia sedar tinggal lagi beberapa peratus untuk di siapkan. Tangannya merayap ke kepala Panda.
‘Saya susah untuk tidur Pak Cik Komtang, tiap tiap malam terkebil dalam gelap. Memandang siling.’
‘Hai anak muda. Kata orang kalau tiap malam kamu tidur awal. Mesti kamu ada mimpi yang indah. Sebab itu kamu tidak sabar untuk tidur. Kalau tidur kamu itu lewat di waktu malam… kamu boleh fikir bukan?’. Pak Cik Komtang menjelaskan dengan panjang lebar.
Panda seolah di buai mimpi. Penerangan Pak Cik Komtang tidak ditelannya. Hatinya susah.
‘Mana Komeng?’.
komeng merajuk kot...
ReplyDeletetengs...cer ko best..buat aku gelak time tensi2 ni...luvs!
cerita tempat banting tulang panda sama konco konconya.
ReplyDeletehmmmm
yantz: oh, kalau ini buat kau gelak. i'm more than happy. :p
ReplyDeletenaza: banting tulang? jauh sangat tersasar tu.
tengs (^^)v
ReplyDeleteeh? aku memang tak reti nak tembak tembak ni
ReplyDelete