‘Wei, apa kes ni Panda, takkan dah penat’.
Suara Mirajane melaung dari atas batu. 500 meter di hadapan Panda. Dia membalas dengan senyuman. Memang dia sudah tidak mampu bersuara.
Panda rukuk memegang lututnya. Nafasnya mengah. Kalau bukan kerana Mirajane, memang dia tak lalu nak mendaki Bukit Arnab Garang. Memang mencari nahas.
PAAAAAPP!!!
Belakang Panda ditepuk. Komeng tiba tiba muncul dari arah sungai. Senyumnya sinikal.
‘Ai, penat bang?’, cubaan Komeng mahu men’troll’ Panda.
‘Fak ah’.
Panda nekad mahu ke Padang Arnab Comel. Janji dia mahu pergi bersama Mirajane mahu dia tepati.
‘Memang dasar lelaki’, katanya dalam hati.
+++
Angin berdesir nyaman, lalang lalang menghayun ke kiri dan kanan. Padang Arnab Comel memang cantik. Katanya orang, disitu memang tempat arnab mengawan.
Panda berbaring melihat awan. Cantik dan menenangkan. Tidak seperti melihat siling dalam kegelapan malam hari seperti selalu.
‘Hi bang, sorang je, boleh join?’
Panda memang tak kuasa nak melayan kerenah Mirajane lagi. Dia memang penat. Kalau boleh dia mahu tidur saja disitu. Suasana yang amat nyaman.
Bunyi angin memang mengasyikkan seolah mendodoi Panda.
+++
‘Pandaaa!!, lihat awan itu serupa kucing bukan?’.
Panda diam, matanya melihat langit. Mirajane disebelahnya. Kedua berbaring di atas rumput hijau. Awan bukan sekadar berupa kucing malah bayi, angsa, tenuk dan bermacam lagi.
Panda mula terasa bahagia.
+++
BOOOM!!
Bunyi bedilan dari arah belakang mereka. Jelas kedengaran bunyi tapak kaki meredah lalang menghampiri. Suara memanggil Panda bersahutan.
+++
‘Panda..panda..’, Komeng termengah berlari.
‘Kenapa Komeng?’
‘Tentera Arnab Hitam..tentera arnab hitammmm…mereka di balik batu dua sana. Matilah kita’. Komeng dengan muka panik beliau.
‘Macam mana mereka boleh datang sampai sini…bukan ini kawasan Arnab Air ke?’, soal Panda.
‘Aku tak tahu…aku tak tahu… ramai puak Arnab Air dah terkorban.. Bandar mereka dah diceroboh!!’.
‘Habis? Engkau sempat jumpa Maisarah ke tadi Komeng?’, tanya Panda pada Komeng. Lagak seperti Arnold Susahnak-eje, hero maskulin dunia Arnab Air.
Mata Komeng kuyu, merah dan sebabak terjatuh air dari kedua matanya. Panda tahu yang Maisarah juga terkorban dalam serangan tentera Arnab Hitam.
+++
‘Mereka ini sudah melampau!! Dulu kawasan Fakrolradzi mereka hancurkan. Aku tak boleh biarkan mereka Komeng’.
Lagu Liberalisasi Songsang tiba tiba bermain di mesin MP3 Mirajane. Mungkin Mirajane terlampau panik sehingga tertekan butang play.
Panda merenung mata Mirajane. Masih terlekat sesuatu di kerongkongnya. Mirajane memang bayang bayang yang di kejarnya selama ini.
‘Kau nak buat apa Panda’, soal Komeng keras.
’Awakkk…~’, suara Mirajane mencelah.
Panda merenung mata Mirajane. ‘Aku dah tak boleh sabar Mirajane, mereka dah melampau!!’.
Segera Panda mengalih pandangan kearah Bukit Dua. Mungkin memendam perasaan.
‘Komeng, kau bawak Mirajane ke balik bukit sana. Nanti aku datang. Tapi selepas aku selesaikan semua ini’.
‘Engkau biar betul Panda, engkau belum kenal Jeneral Khushairy.. ingat orang tersayang Panda’.
Mata Panda segera terpaku pada wajah Mirajane. Sesuatu terlekat di kerongkongnya.
‘Kalau kamu mahu tahu, Jeneral itu pernah menjadi rakan aku, Rahman dan Fakrolradzi dahulu. Tetapi entah bagaimana dia berubah. Mungkin hikmat Berangin Naga Tujuh memakan dirinya. Dia menjadi bongkak dan angkuh…..’, Panda menelan air liur.
‘Mungkin ini masa aku, perhintungan ini mesti selesai….demi Fakrolradzi, kawan kawan dunia arnab dan kamu Mirajane’.
Air mula deras jatuh dari mata Mirajane.
‘Pergilah kamu berdua ke bukit sana, aku mahu ke Pasir Raja. Aku nak jumpa Fertaliti Arnab Putih. Mungkin mereka boleh menolong’.
+++
Suasana diam. Bunyi bedilan roket dan peluru bertaburan jelas di telinga. Bunyi yang di bawa angin. Seram dan menakutkan ketika suara jeritan kedengaran. Rasa masin darah jelas di lidah. Semuanya di bawa angin.
Bunyi hentakan tapak kaki makin menghampiri koordinat mereka.
‘Cepat pergi Mirajane. Ikut Komeng, biar aku lengahkan mereka. Nanti kita jumpa lagi’.
+++
Kelibat Komeng bersama Mirajane semakin menghilang di balik pokok. Ditelan kegelapan hutan.
Tiba tiba.
POOOMMMMM!!
amboii...
ReplyDeletemana komeng?
ReplyDelete