4.9.11

kesumat vii: kembali


kulit hitam keperangan panda dan rambut hitamnya basah dengan peluh, dia menggeletar. kedinginan malam gurun menusuk tulangnya. matahari mula tenggelam di balik gunung di belakangnya. suasana malam untuk panda dan platunnya memang merbahaya. mereka tidak dapat melihat musuh dengan baik. 

suara singa dan dubuk kedengaran mula bernyanyi riang. mungkin itu masa mereka mencari makanan. keletihan panda mula memakan dirinya. matanya hitam menahan tidur.

panda berjalan di kalangan platunnya. kelihatan rakan seperjuangannya yang juga rakan masa kecilnya, komeng di hadapan unggun api bersama beberapa lagi rakan seperjuangan. panda melirikkan senyuman kepada komeng. kenangan masa lampau kembali mengusik. 

kenangan dia dan komeng bermain perang perang, masak masak, pondok pondok, kawin kawin dan polis sentry di sekitar kampung menerjah kembali. kedua mereka ingin menyertai angkatan tentera bukit arnab hitam semenjak berumur lima tahun. impian mereka menjadi kenyataan ketika ditawarkan biasiswa kolej ketenteraan di sana.

gelak ketawa lawak rakan rakan di keliling unggun api menyedarkan panda dari lamunan. hati kecilnya berkata yang sekarang bukan masa untuk bernostalgia. mereka ada misi yang harus disempurnakan. 

panda memulakan langkah kecil. dia berjalan di sekitar kawasan rehat mereka di gurun. walaupun kawasan mereka agak berbatu batan, tapi itulah kawasan terbaik untuk mereka melindungi diri dari musuh.

++++

panda dan platunnya berjalan secara perlahan lahan. tidak mahu langkah mereka bising dan mengejutkan apa yang tidak mahu mereka kejutkan. dihadapan mereka terpacak lembing hitam dengan tengkorak hitam tercucuk di atas.

“kita mesti sudah makin hampir kapten’, komeng berbisik. panda hanya mengangguk kerana dia yang paling depan. sudah pasti dia nampak akan lembing penanda kawasan itu.

++++

GRUPPPP..

bunyi batu jatuh dari atas tebing. mereka kaku. suasana dingin mula terasa.

‘apa tu?’, tanya panda sambil telinganya mendengar dengan berhati hati. mana tahu masih ada pergerakan yang mencurigakan balik batu batan tempat mereka berdiri. tapi nyata, yang dia dapat dengar hanyalah bunyi jantung platunya berdegup kencang.

‘mungkin haiwan liar kapten, harimau bintang atau serigala...’, prebet wedja cuba memberi pendapat.

panda menghela nafasnya. mungkin prebet wedja betul, katanya dalam hati.

‘mari kita gerak cepat!!’, arahnya lagi.

++++

tengkorak hitam dan lembing makin kerap dijumpai mereka.  riang di hati panda mula bermain, bercampur baur dengan perasaan berdebar. lembing dan tengkorak, itu tanda mereka makin menghampiri  pengakhiran misi mereka, dan disebalik itu, mereka juga menghampiri bahaya.

++++

‘panda, kau nampak asap disana?’, soal komeng sambil menunjuk ke arah utara.

panda melihat ke arah yang ditunjukkan komeng, tidak silap lagi akan kepulan asap yang naik ke awan dari balik bukit.

suasana hiatus seketika.

++++

‘itu mesti mereka, tidak silap lagi’, kata panda kepada 8 orang anggota platunnya.

‘anda semua tahu apa kita nak lakukan bukan, cuma ingat berhati hatilah semua’, sambung panda lagi.

semua anggota platun panda bergerak pantas dan senyap ke arah asap tadi. setibanya di batuan pinggir kem musuh mereka merendahkan badan dan mengesot mengelilingi kawasan musuh. rasa suam pasir masih di perut setiap mereka. suam pasir yang dipanaskan mentari.

dari atas batuan, panda nampak beberapa khemah didirikan. bendera merah berlogokan dubuk jelas kelihatan.

‘kumpulan dubuk merah!!’, terkeluar dari mulut panda.

++++

panda memerhati kem kumpulan dubuk merah. ahli ahli kumpulan dubuk merah berkumpul mengelilingi unggun api. mereka berbual, bergelak ketawa dan ada yang sibuk mengasah parang ataupun membersihkan senjata mereka.

matanya tiba tiba terpaku kepada seorang yang agak berbadan sasa dan bercacahkan dubuk di belakangnya. kelihatan dia memakai kalung yang diperbuat dari gigi manusia. mungkin mangsa mangsa yang dibunuhnya.

‘itu mesti dia, subki arawien, ketua kumpulan dubuk merah’, fikir panda sendirian. dia tahu, jika subki arawien ada disekitar kem itu, memang sukar untuk mereka menewaskan kumpulan dubuk merah. dia tahu, jika mereka berlapan sekali pun menentang subki arawien seorang, untuk mencapai kemenangan adalah amat tipis.

subki arawien, memang terkenal dengan kekejaman dan keberaniannya. ketangkasannya di medan perang juga tiada tandingan. seorang bekas perajurit yang berpaling tadah kepada kerajaan arnab hitam.

ikutkan hati, mahu saja panda pulang ke markas. meminta bantuan kompeni kompeni lain untuk menumbangkan musuh negara mereka. tapi dia tahu, bukan itu tujuan mereka disitu. mereka diarahkan untuk menyelamatkan mirajane. gadis kecil yang memang dia sendiri tidak mampu untuk tinggalkan.

‘macammana aku nak menyelamatkan mirajane?, fikir panda sendirian. ‘subki arawien tu hebat, mampu membunuh aku sekelip mata.. kecuali ada sesuatu yang mengalih perhatiannya’. sambung panda bermonolog sendirian. ahli platunnya menunggu arahan dengan sabar.

suasana kembali hiatus.

++++

‘baiklah semua, ini yang akan kita lakukan’, tiba tiba panda bersuara, seolah baru menyala mentol lampu di kepalanya.

‘aku akan pergi mencari mirajane. kamu orang semua aku mahu mengalihkan perhatian penjahat penjahat itu. kamu pergi ke arah selatan. serang mereka. tapi kamu serang dan berundur. komeng! kau disebelah utara. backup aku. kalau ada apa apa senang nanti. faham?’ panda menerang dan menegaskan.

platunnya menangguk faham.

‘bunyi macam sebuah plan yang bagus’, kata iabi secara tiba tiba. ‘patutkah kita menyerang menggunakan anak panah dahulu?’, tanya dia lagi. iabi sememangnya agak perlahan. tapi dia hebat kalau sampai bab jerangkap samar dan letupan. itu kelebihan iabi. letupan dan iabi memang sinonim. malah rumah tok penghulu kampung sendiri pun dia letupkan kerana dahan rambutan tok penghulu melebihi ke pagar rumahnya.

panda tercengang dan mengangguk. ‘apa saja yang boleh menarik perhatian mereka dari aku, cepat..sekarang pergi’. arah panda.

++++

BOOM.. BOOOM

‘watefak!!!’, jerit subki arawien.

anggota platun arnab manja dari bukit hitam itu menjawab laungan subki arawien dengan pantas berlari menuruni bukit batuan ke arah kem dubuk merah. mereka menjerit seolah hilang akal. sekarang platun arnab manja sudah dahagakan darah. mereka dahagakan darah dubuk merah.

ZUUUPP..ZUPPP

anak panah berterbangan menhujani kem dubuk merah. iabi seorang menyerang mereka. yang lain berlari dengan pedang dan senjata. berkilau apabila terkena cahaya unggun api dan cahaya bulan.

bunyi letupan dan pedang pedang berlaga ditengah kem dubuk merah. mkha, ahli platun arnab manja yang kelapan menyerang dengan machine gun nya. dia ketawa apabila darah memercik ke tanah.

++++

panda perlahan lahan menuruni bukit batu batan menuju ke kem dubuk merah. peluh membasahi dahinya, dadanya turut kencang seolah selepas sudah inzalnya. dia mengintai ke setiap khemah mencari mirajane. dalam kepalanya berdoa dan berharap yang dubuk merah dan subki arawien tidak membunuh semua anggota platun arnab manja bukit hitam sebelum misi mencari dan menyelamat mirajane berakhir.

++++

ARRRGGHHHHHH

seseorang menjerit kuat. panda mendongak kepalanya. seorang anggota platunnya sudah gugur ditikam buluh runcing.  matinya syahid, anggota keempat arnab manja dengan buluh runcing menyedarkan panda. dia tiada masa untuk dibazirkan. semua harus disegerakan. dia harus mencari mirajane.

++++

 tiba dikhemah terakhir. panda mendengar suara rengusan perempuan dari dalam. biarpun mungkin itu adalah pasangan yang sedang berjima, tapi semangat panda untuk melihat semakin kuat. hanya itu sahaja khemah harapannya untuk bertemu mirajane. dia berlari anak memasuki khemah terakhir itu.

kelihatan seorang gadis, tangannya terikat kemas. mulutnya disumbat dengan pisang. pakaianya koyak rabak. matanya kuyu. hati panda melonjak kegembiraan. itulah mirajane.

++++
‘jangan takut mirajane, aku panda. aku datang nak selamatkan kamu’.

panda pantas ingin membuka ikatan mirajane.

++++

‘TIDAK JIKA AKU TAK BENARKAN!!’, suara asing menjerit dibelakang panda.

panda menoleh. subki arawien berdiri dibelakangnya. serta merta kakinya menggeletar apabila dia melihat mata subki arawien. dia kaku. pundi kencingnya terasa penuh.

‘kita bertemu lagi panda. tapi kau ingat aku bodoh?’, bentak subki arawien. ‘ini adalah penghabisan buat mu panda, namamu akan tinggal dalam lipatan sejarah bodoh negara ini’.

++++

ZUPPPP...ZUPPPP

subki arawien menghayun parang besarnya. sebesar parang ketua penyamun dalam cerita ali baba bujang lapok sewaktu memenggal kassim baba.

panda melompat mengelak libasan parang subki arawien. angin dari libasan parang itu jelas terasa oleh panda.

panda tahu, dia tidak boleh mengikut rentak subki arawien selamanya. walaupun dia takut, dia tahu yang dia harus membunuh subki arawien.

‘bagaimanakah caranya’, bisik panda sendirian sambil melompat dan menunduk mengelak libasan parang subki arawien.

panda memberanikan diri. pedangnya dihunuskan untuk mencucuk mata subki arawien. tapi apakan daya. subki arawien sememangnya pantas. kedua senjata mereka berlaga. pedang panda tercampak jauh. dia memegang pergelangan tangannya sambil berlutut. sememang tenaga subki arawien bukan tandingannya.

dia melihat subki arawien. dia pasrah jika dibunuh sekalipun. dia tahu dia sudah mencuba.

subki arawien ketawa seolah memenangi pertarungan itu. orang jahat memang suka ketawa barangkali.

‘maafkan aku mirajane’, kata panda perlahan. dia pasrah kerana tidak berjaya membawa mirajane pulang.

++++

‘RAKSASA CELAKAAAA!! KEMARI KAMU GORILLA DURJANA’, jerit suara garau dari belakang subki arawien.

panda membuka matanya perlahan. dia melihat komeng meluru kearah subki arawien dengan memegang pedang.

‘mungkinkah aku akan selamat’, persoalan itu bermain di kepala panda.

panda mahu berteriak kegirangan apabila mata pedang hampir menusuk belakang subki arawien tapi nyata subki arawien bukan juga tandingan komeng. subki arawien dengan pantas berpusing dan menusuk pisau kecilnya ke dada komeng.

panda terkedu. komeng rebah.

++++

panda kehilangan seorang sahabat baiknya. persahabatan dia dengan komeng yang dibina semenjak dua puluh tahun lalu. kemarahan membuak didadanya. hanya kematian subki arawien akan menuntut bela diatas kematian sahabat baiknya itu.

++++

panda meluru ke arah pedang komeng yang terpacak ditanah. pedang keramat komeng yang diperolehinya dari gurunya.

panda melompat tinggi ke udara sambil kaki kanannya memberikan sepakan padu gaya tujuh dulang ke dagu subki arawien.

gorilla durjana itu rebah. dia meraung. raungan kesakitan dan marah. dia cuba bangun.

belum sempat subki arawien berdiri, panda menusuk pedang keramat komeng ke dadanya. darah memercik ke muka panda. lengan putihnya kini bertukar merah.

kini subki arawien yang tinggal sejarah. seperti sejarah mat komando ditembak pasukan polis. panda ketawa kecil. hatinya puas melihat tubuh subki arawien bercahaya dan hilang menjadi abu. mungkin itulah keramatnya pedang komeng. tiada kesan degil ditinggalkan untuk csi membongkar rahsia pembunuhan.

++++

panda segera mendapatkan mirajane kembali.

‘awak dah selamat sekarang, mirajane’, dia memeluk mirajane erat. ada suatu perasaan di dada panda apabila dia memeluk mirajane.


lirikan senyuman mirajane terukir diwajahnya. 

++++

‘PLATUN ARNAB MANJAAAAA, UNDURRRR.... MISI KITA DAH SELESAI!!!’,

++++

panda dan anggota arnab manja bukit hitam berlari keluar dari kem dubuk merah yang bakal menjadi sejarah negara arnab bukit hitam. sekejap lagi sinar matahari akan menjelma. mereka kena cepat sebelum matahari memancar.

untuk seketika panda berpaling melihat kem dubuk merah. tempat bersemadinya sahabat baiknya dan beberapa anggota platunnya.

dan

KABOOOOMMM!!!

iabi kelihatan menari nari selepas meletupkan keseluruhan kem dubuk merah. ketawanya tidak putus.

bau belerang dan asap terbakar bersebaran ke hutan.

tiada lagi kem dubuk merah.

++++

‘tuan, mana gadis misi kita?’, soal iabi kepada panda setibanya panda dikawasan pertemuan mereka.

‘eh, mana mirajane?’.





end.

3 comments: