1.2.12

kesumat viii: ...


komeng membelek calendar yang tergantung didinding. terkumat kamit mulut sambil tangan mengira. panda memerhati gelagat komeng sambil tersengih. dalam fikirannya, barangkali komeng mengira hari untuk berpuasa sedangkan dia tahu lagi lapan bulan ramadhan akan tiba.

‘panda!! malam ini temani aku menjemput duan…’ mata komeng terpaku pada panda, mengharapkan jawapan.

‘eh, duan pulang malam ni ke komeng?’, panda bertanya untuk mempastikan komeng tidak silap.

‘yelah sengal, baguslah dia pulang. banyak perkara yang perlu kita bereskan di kampung kita ni, aku sudah tak tahan. dengan duan kita berharap’. komeng menarik nafas.

‘baiklah...aku setuju, petang ni biar aku sediakan sampan dahulu. nanti malam tidaklah kita tergapai dalam gelap. engkau sediakan jamung, hulu sungai tu gelap.’ arah panda.

‘dah tu apa lagi?’ tanya komeng. ‘geraklah sekarang’. nada sinis dari komeng.

panda tersenyum, mukanya merah terkena sarkastism muka komeng.

++++

memang, semenjak duan merantau. kampung mereka tidak pernah aman. mirajane yang dinikahi azmil meninggal ketika beranak sulung. ardi juga hilang tanpa khabar berita. penduduk  tidak lagi keluar malam. mereka semua tidak mahu bertemu lembaga hitam yang digembar gemburkan.

bukannya sekali kejadian bertembung atau dikacau itu berlaku. anak pak mael hujung kampung, masih lagi tidak boleh bercakap. mulut masih berbuih biar pun masuk tiga bulan peristiwa dia dijumpai di tepi kali. menggeletar dan mata tidak berkelip. begitu juga budak budak yang balik mengaji. harapkan diulang alif ba ta sehinggalah seorang daripada mereka dirasuk ketika pulang dari rumah tok imam muda.

anak anak muda yang nak tunjuk hero sahaja keluar malam. menjadi kutu embun. tapi yang hairannya, belum pernah geng geng sikutu embun yang dikepalai manaf terserempak dengan lembaga hitam itu. mungkin mereka itu sendiri lebih hantu dari hantu.

yang baiknya, anak anak muda inilah yang menjumpai mangsa lembaga hitam disekitar kampung mereka. rosmanah yang patah tengkuk, antuya yang menjadi cebisan daging. sebenarnya tak banyak. tiga sahaja kes kematian misteri. satu lagi samsiah, kes bunuh diri katanya orang kampung. mayatnya tergantung di pokok petai.

tapi kes samsiah, tiada siapa yang tahu perkara sebenar. emmangnya dia yang membunuh diri. dia malu dengan rakan rakan gossip di tangga rumah akak kiah. siapa tidak tahu dia sukakan rahman rimau sehingga sanggup menyerahkan tubuhnya untuk rahman rimau. untunglah rahman rimau. tapi selepas diketahui rahman rimau itu tidak punya hati kepadanya. terus keputusan itu yang diambilnya.

cerita itu tidaklah pula heboh ke kampung seberang. mahu menutup malu yang berlaku di kampung mereka.

++++

dari celah kegelapan malam perahu komeng dan panda melabuh di jeti. duan melompat naik. sejenak dia berhenti.

‘haish’, keluh duan. ‘apa dah jadi ni’, sambung dia lagi sambil melangkah laju meninggalkan panda dan komeng menambat perahu di jeti.

panda kaget ditinggalkan duan. dia tahu duan merasakan sesuatu bila dia jejak kaki di jeti kampung mereka. duan bukannya calang calang orang. dia nampak apa yang orang lain tak nampak. hijabnya mungkin terbuka  semasa lahir. ilmu didadanya lebih besar dari dada arwah rosmanah. besar harapan panda dan komeng untuk duan membersihkan kampung mereka.

‘oit panda, janganlah tinggal aku... seramlah.. ‘, sambil melompat komeng ke jeti.

‘apalah engkau ni komeng, muka ganas..kata hati besi., sekarang seram. apa kes?’, sindir panda seperti membalas dendam kata kata sarkastik komeng siang tadi.

‘engkau tak rasa ke panda’, komeng bertanya.

‘sudahlah komeng, jom ikut duan tu... dah jauh kita ditinggal dia ni, aku pun naik seriau juga dengan angin sempoi bahasa ni’. akui panda sambil mereka berdua melangkah pantas menghilangkan diri di celah gelap dari tebing sungai.

++++

seperti dijangka, duan terus ke rumah tok ketua. seolah dia tahu tok ketua baru lepas disampuk semalam. diam seribu bahasa semenjak dijumpai geng manaf di pinggir kawasan kubur.

‘minta maaf ardi, aku nak masuk jenguk tok ketua’, duan meminta izin dari ardi yang duduk ditangga rumah tok ketua. duan tidak mahu berbual panjang. mungkin dia mengetahui yang jika dibiarkan tok ketua sedemikian rupa, maut jawabnya.

kepala duan secara automatik digeleng apabila melihat keadaan tok ketua.

‘teruk ni, bawakan aku air kosong’, terus terpacul dari mulut duan.

lagaknya seperti bersilat. air kosong di tiupnya. dipercikkan ke badan tok ketua. mulutnya kumat kamit.

‘syukur, nasib baik sempat’, selepas setengah jam dia melakukan upacara yang disaksikan ardi dan beberapa pengikut rapat tok ketua.

‘kau kenapa?’, tanya duan kepada ardi apabila melihat ardi tersenyum seorangan di tangga.

++++

‘salam tok!!’, sapa panda menyertai bulatan dirumah tok ketua. tok ketua kelihatan makin sedar. tanpa dipelawa, panda terus meneguk air kopi yang terhidang. memang dahaga barangkali.

‘ehem, panda..~’, sapa duan lembut.

‘yer duan, sorilah , aku memang dahaga.. engkaulah tinggalkan aku dengan komeng tadi. mengah tau kejar kau’.

‘yelah, aku tahu, tapi urusan kat sini lagi penting’.

‘tau takpe’, panda sinis.

‘maafkan aku, tapi aku nak tanya sikit ni?’ duan mengesot sedikit menghampiri panda.

‘ape dia.. ish, nak minum pun tak senanglah...dah la tak terima kasih aku jemput tadi, tinggal kat tengah sungai baru tahu’. panda mulai meninggi suara.

‘begini......’ suasana hiatus.

duan menyambung .

‘engkau bawa balik siapa ni? .......................... mana komeng?’.
posted from Bloggeroid

2 comments: