Engkau termenung. Kerja yang engkau tinggalkan sebelum berlari. Banyak perlu disiapkan.
Banyak?
Seketika termenung. Datang idea mencurah di benak kepala. Idea terhadap dunia. Idea terhadap kerja. Idea untuk macam macam. Keputusan untuk hidup. Keputusan dua hari akan datang. Apa rancangan untuk akan datang. Engkau tersenyum dengan perancangan yang cepat dan dirasakan logik.
Idea yang hebat hebat lahir dari situ. Tempat tinggal setan setan.
Suatu hari. Perancangan tak jadi. Idea hebat kemana.
Idea dari jamban? Tempat tinggal setan setan. Bisikan idea dari mereka.
Lagi kau mahu guna?
Dan ironinya. Ini pun dari jamban.
Dan ironinya. Ini pun dari jamban.
No comments:
Post a Comment