22.7.25

Obshchak IV

Kelakarnya pasal kerja ni sebab gaduh restructure, tapi in new structure ni masih banyak grey area.

Ada strategy team - tapi tak buat strategy, nak drive semua orang to which direction nak pergi.

Ada asset team - tapi tak manage asset, just follow up apa status n location asset. Tak track pun, semua dapatkan dari team lain. Termasuk disposal tak buat. 

Ada contract team - tapi tak manage contract. Business user yang kena settlekan contract. Job dia hanya monitor contract status, then pass back dekat business user.

Ada governance - tapi tak buat any policy or guideline yang orang akan follow the process. Dia just monitor status renewal sahaja.

Ada project team - tapi nak monitor sahaja status execution of the project. Ramai project manager, tapi communication and arrangement tak buat.

Ada operation team - tapi buat semua juga, revise sop, manage project, execute task, dan chart direction of support.

Tapi aku start faham. Jangan lawan. Ikut sahaja.

Kalau tak nanti penat.

Siapa nak layan?

6.3.25

Obshchak III

 Dia macam ni lah. Lepas restructure bab team kerja ni, aku rasa team aku je yang pelik. Ada segregation di kertas, tapi bab skop kerja masih sama, cross unit. Updates atau task satu function semua kena tahu walhal function lain base on unit masing masing. Macam kambing hitam untuk kejayaan seseorang.

Seseorang tu mungkin termasuk HODAD - hand of destruction and death.

Bila success sesuatu tu, best dia semua slides ada nama dia. Tiba tiba pula. Haha..

Tapi betullah. Ni bukan lagi ada rasa tak kena, tapi memang ada yang tak kena.

3.2.25

Obshchak II

 Sepertimana perubahan itu "inevitable", yang merasakan perjalanannya juga kadang kadang seperti mahu berputus asa. Di konseptualkan diatas kertas, segala kebaikan di conteng dan di gambarkan secara terbaik. Maka semua idea dijual dan dibeli secara enaknya oleh para atasan. 

Idea kotak kotak kerja di bahagi, tapi tiada orang untuk menjalankannya. Bila di usulkan ke arah kebaikan dan menjalin kesinambungan idea para pemikir, dikatakan TIDAK!.

Bila diminta sesuatu. Banyak dolaknya.

Lama lama semangatnya kelaut.

25.12.24

Interim IV

Aku masih lost.

17.2.23

Obshchak I

 Perubahan itu pasti seperti mati!

Ini soalnya kerja. Dalam masa dan fasa perubahan dan transformasi. Banyak sekarang pagar dan garis dibina yang mana sebelum ini tiada. Jadi kurang rasa!

Kurang enak bila konsep "taichi" diguna secara meluas. Campakkan ke pagar sebelah. Bukan masalah kami lagi. Konsep tidak enak!

Babi!

26.8.21

Kerberos: Topeng

Tepat jam enam pagi.

Pengera jam berbunyi panjang. Selepas tiga kali meletakkan jamnya dalam mod tunda, Komeng bangkit ke kamar mandi. Rutin harian menanti dirinya pabila terbit mentari. Dunia masih luas untuk dia terokai.

Usai segala, sisa terakhir milo yang dibancuhnya sebentar tadi dihirup perlahan.

Sebelum keluar. Komeng perhatikan biliknya. Perhatikan keadaan yang akan dia tinggalkan. Mencari jika ada sesuatu yang tertinggal. 

"Seperti tiada apa", katanya dihati. Seraya pintu biliknya dikatup rapat.

Baru saja hendak menyarung sepatu. Dia berhenti, benak fikiran teringatkan sesuatu. Sesuatu yang tidak sempurna jika keluar tanpanya. Gegas dia berlari kebilik. Dibukakan pintu. Dicapai dan dipakainya. Dilihatnya di cermin, jelas wajah dengan senyuman kebahagian.

Tapi menyorok sugul dibelakang topengnya.

30.7.20

Elipsis 2020.1

Hari ni terdengar berita kematian hamba Allah yang tak dikenali. Meninggal di bilik air pada waktu pagi. Mati tak menunggu ketika dan tempat.

Yang aku ni masih tarik selimut di waktu subuh.

9.8.17

Interim III

Dalam pada tak tahu arah tuju. Mungkin disini atas attitude, kerana kebolehan boleh diajar.

Katanya.

Tapi betulkan?

8.8.17

Interim II

Dah tiga bulan kat tempat baru. Masih kesamaran. Dulu sembilan bulan hadap yang berbelit sembangnya. Kencang berangin.

Tapi,
1. Aku tak pasti kenapa aku kat sini.
2. Aku tak pasti apa aku patut buat.
3. Aku tak pasti kenapa...

Dan aku mula rasa nak putus asa. Susahnya nak masuk dalam bulatan disini.

Blessing in disguise atau ujian?

3.7.17

Interim

Dah lepas fasa interim 9 bulan. Sekarang dah ada kat tempat baru. Tapi rasa lost lebih dari sebelum ni.

Macam banyak tak kena dan kosong.

Kenapa?

28.6.17

Raya 1438

Tahun ni banyak aku kena minta ampun. Minta maaf pada mereka:

1. Mak
2. Ayah
3. Puan Isteri

Aku tak mampu jadi yang terbaik, nak sediakan yang terbaik untuk mereka. 

29.12.16

Light

There are no shadows in the dark.

We unsure what's there.

There might be something there. There might be not.

But we still unsure. Is there a monster lurking at me?

We wait for the light.

Because we fear the darkness.

And we wish for the light.

We keep walking to find the light. We pray to find the light.

And it is a train at the end of the tunnel.

26.8.16

Choice/s

Life is about choices that we made.

One simple decision will lead to other.

Consider this a game?

Pick A. Answer yes or no. Pick either one and go to the next letter.

Unfortunately there is no turning back.

Just remember why and what is the reason we made the choice.

I made the choice.

30.6.16

Dengki

Aku dengki dengan mereka yang hafaz kalam tuhan.

Aku dengki dengan mereka yang banyak infaq hartanya.

Aku dengki dengan mereka yang bangun malam.

Aku dengki dengan mereka yang banyak beramal.

Aku dengki dengan mereka yang istiqamah.

Sedangkan aku masih jauh.

17.6.16

Nak

Aku cuba tenangkan hati. Yang aku nak itu mungkin tidak elok.

Tuhan dah atur. Percaturan aku apa saja?

Aku bertanya masih adakah lagi cahaya. Gelap.

Dari sudut lain aku nampak cahaya.

Tapi bukan milik aku.

30.5.16

Sesuatu

Makin banyak aku nak pelajari. 

Makin banyak aku jumpa lopong lopong.

Lopong yang harus ditutup.

Tapi makin bertambah lagi bila aku tutup.

23.5.16

Doa

Aku pendosa yang tak layak meminta.

Aku mohon jangan diambil dia dari aku.

17.5.16

Lawan

Sampai bila nak jadi anarki.

Yang di suruh kita lawan. Yang di larang kita engkar.

Esok lusa nasib diri sapa tahu?

Anarki tu hebat? Orang pandang.

Dia tak pandang.

15.5.16

Ironi

Kenapa kecam dosa dulu.

Kita bukan nabi, bukan rasul.

Dosa kita memang banyak.

Cuma ironi.

Yang mengata rebah di pintu redha.

26.4.16

Utama

Sekarang yang penting apa?

Letak keutamaan. Tulis siap siap.

Supaya tak lari fokus.