21.11.10

cerita budak tadika.

semakin hari, semakin rimas dengan kerenah dunia. di mana kemewahan diukur melalui apa jenis kereta yang engkau pandu di atas jalan. mereka yang sukakan kesederhanaan di keji, di maki di tiap corong mana pun. ya, kapitalisma berjaya ditanam dalam diri kita.

tapi itu cerita lain. bukan itu yang aku nak bebelkan.

orang cakap, masa yang semakin singkat, itu tanda kiamat sudah hampir. tapi entah, sebab kita semua memang sibuk. aku juga sibuk ketika ini, dengan me'rewind' lagu sick muse. ya, juga entah kenapa. lagu dari metric makin aku dengar sekarang.

jiwa. dan dia yang di dalam kepala ini semakin bising.!

pernah dulu, waktu kecil, waktu tadika, atau mungkin waktu sebelum menjejak kaki ke tadika. aku menonton drama dikotak kecil hitam putih. waktu itu seingat aku, ayah aku terpaksa bekerja diluar. yang tinggal, aku dan mak aku saja.

cerita tentang dunia, tentang tipikal melayu yang melakonkan anak yang melupakan jasa si ibu. memang tipikal cerita melayu. tapi kesan cerita itu kat dada aku memang besar. itupun selepas mak aku berkata 'nanti besar-besar jangan buat macam ni kat mak'. aku semat, aku pahat betul-betul. nanti besar aku taknak jadi macam si lahanat dalam cerita itu.

ah. waktu itu mana ada nak aku fikirkan tentang isu diri, survival hidup, negara, ekonomi dan awek. aku hanya seorang budak yang naif. yang mudah diperbodohkan oleh drama melayu. aku lupa arahan siapa. tapi aku rasa itu cerita melayu. bukan seperti cerita razak mohideen yang lebih kepada fairy tale melayu bagi aku.

ok. tinggalkan zaman belum baligh aku. kalau betul pun aku sedar diri lepas tengok cerita tu. aku mesti bukan di tahap ini sekarang. mungkin seorang ketua pemuda, yang betul-betul ingin berjuang demi nasib negara dan pribumi.

sekarang aku terfikir balik, isu membalas jasa kedua orang tua. yang aku ataupun engkau semat kat dalam hati berpuluh tahun dulu. masa kecil, memang semua nampak mudah.

kalau mengikut perkiraan dalam kitaran sistem pembelajaran kita, yang enam tahun beseluar atau berkain biru gelap, lima tahun beseluar hijau atau berkain biru langit, tiga tahun mengenal dunia luar; itu kalau mengejar diploma dan lebih kurang tiga tahun untuk menghabiskan sarjana, yang membawa total 17 tahun bertungkus lumus untuk menjadi yang lebih baik dari orang lain.

yang confirmnya lepas 11 tahun tu baru ada rasa nak fikir
untuk diri sendiri. baru nak dapat hidayah tentang matlamat hidup. itu aku, orang lain aku tak tahulah.

sambung lagi, lancau-lancau umur 23 baru boleh cari kerja. tapi mula-mula kerja mesti ada azam 'aku dapat ni aku nak bagi orang tua aku, biar diorang rasa senang sikit, tak payah nak memikul guni jagung lagi'. tapi time tu nak fikir pasal tuntutan biologi jugak. maklumlah dekat menara gading dulu tu, tiptop akulah player. tapi yang baik punya. takde cari pasal.

tup-tup, kene separatekan belanja. makan megi pun takpe. gaji mula-mula kerja. dispatch. banyak manalah sangatkan. itu nak bagi orang tua rasa sikit. lupa pulak yang kos untuk survival rupanya tinggi. semua nak kene bayar. baru nak start fikir. selama ni duk menghabiskan duit pinjaman.

dalam hati simpan dalam-dalam. orang tindas pun takpe. jagung mentah memang takde harga. tapi lepas dua tahun membanting tulang, barulah sedar yang selama ni takde pun simpanan. harapkan epf untuk masa tua sebelum mati kelak.

bab membalas dan mensejahterakan orang tua belum dapat lagi. bila tiba masa bersilang tangan di dahi baru datang akal nak berfikir secara tenang dan rasional. kenapa?

dan sekarang ada rasa dengki, kenapa orang lain boleh itu ini. kenapa aku tidak.

ok dah! tiga empat perenggan membebel. nasib baik laptop subsidi ni tak ludah balik kat aku.

nak tak nak, semua terpaksa. dulu belajar ekonomi 101, cikgu ada cakap yang kos lepas bukan kat dalam ekonomi je. tapi semua benda. apa yang aku rasa terbaik itu aku ambil, yang kurang bukan aku buang, aku ketepikan dulu, tiba masa aku jengah kembali.

'sejauh mana baik?, in term anak yang baik'. kalau dari definasi orang lain mungkin aku bukan. tapi yang confirmnya aku takkan pilih klcc compare dengan orang. dua subjek yang berbeza. umpama pisang dan epal. tak relevan.

dengan umur yang makin melanjut (yang sebenarnya, bukan umur je melanjut, segala-gala). baru sedar kehendak kaizen dalam diri. mengharapkan yang lebih baik.bukankah bagus kalau kita ini seperti umat nabi nuh. kitaran hidup lebih kurang 900 tahun. banyak masa untuk buat semua benda. boleh fikir banyak benda. dari perihal haiwan ke angkasa.

tapi aku terima hakikat yang aku dan engkau bukan begitu lama boleh hidup. tak banyak benda yang boleh kita buat. aku percaya, esok kita celik tapi rasanya baru semalam kita budak tadika yang melabon dengan orang tua. mereka gelak.

tapi entah, jauh mana sangat aku nak melabon. nanti esok lusa aku nak tengok balik apa aku taip. boleh lah jadi bahan lawak aku nak gelak kat diri sendiri.

kan bagus kalau umur 900 tahun. tapi kalau 9.0.0 tahun, maknanya suara dalam kepala aku ni lagi lama lah memekak. aku suka dia diam. baru aku tak menulis benda mengarut yang mengalih perhatian begini.

engkau dan aku memang penat. penat dengan kerenah mereka. penat dengan kerenah dunia. dunia yang tak pernah paham. dunia yang hanya ada kau dan aku. dunia yang tak ada kita.

ah! suara dalam kepala. boleh kau diam!

14.11.10

maskara ii

demolition lovers beralun perlahan dari jukebox, aku menghembus asap rokok dan menghela nafas panjang. selang empat stool chairs, lisa memerhatikan pelayan. soalan lisa dari sejam lepas masih belum terjawab. dia merenung aku tajam, tanda tidak berpuas hati dengan layanan aku seolah saat inzal hanya untuk aku dan meninggalkan dia disaat dia belum klimaks.

'kenapa duduk jauh sangat?'. mudah, ringkas.. tanya dia pada aku. tapi itu sejam yang lepas.

aku yang sememang dididik untuk merasa malu dengan jantina berlawanan menahan kadar pengembangan telinga yang ketara. eh, bukan itu yang kita semua di didik dari kecil, semasa di primary schoool? letakkan pelajar nakal, selalu buat bising di dalam kumpulan atau sebelah perempuan atau lebih tepat berlainan jantina. aku rasa memang diam.

malboro yang ke dua puluh lima aku habiskan. sambil mendengar bunyi tapak kaki menghampiri. lisa kini berada di depan aku. memandang tepat ke mata aku. 'kamu ada masalah ke bobo?', tanya dia perlahan.

oh. lisa. siapa tak tergoda kalau hamburan kata-kata manis itu terkeluar dari mulut dia.

aku diam lagi.

'tidak', jawab aku pendek

'habis tu?'. lisa mula excited untuk bercakap dengan aku seperti memulakan foreplay. 'kamu tak suka menghabiskan masa dengan saya?', sambung dia lagi.

'bukan, itu bukan masalahnya...', kata aku.

'dah tu?', aku tahu dia makin excited. aku diam lagi. sedut dan menghembus asap malboro. pekat, seperti itulah segala permasalahan yang keluar dari dalam diri. seolah tak dapat aku nak gambarkan dengan kata-kata.
++
'baiklah, kalau kamu tak mahu bercakap, saya pergi, terima kasih kerana memberi peluang saya berborak dengan kamu', lisa mula marah selepas aku masih mendiamkan diri dari soalan terakhir beliau selama dua puluh tiga minit.

lisa menghempas cawan susunya. tergopoh bangun dari kerusi, dan ingin berlalu pergi.

seraya aku memegang tangan lisa dan berkata 'jangan lisa'. terus aku memeluknya erat. breast dia terdakap di antara aku dan dia, juga erat. lisa tergamam.

'masa aku tak lama lisa' ujar aku ke telinga dia lembut.

lisa menolak aku. pelayan bar memerhati gelagat kami kerana aku dan lisa sahaja pelanggan di barnya itu.

'KENAPA!!', jerit lisa. matanya jelas dilinangi air mata. dan aku tau itu bukan lakonan.

aku ketawa, sinis. 'tengok, mata kamu berair. tiada apalah lisa. cuma nak menguji, adakah lakonan aku berjaya membuat perempuan menangis. simpati, itukan taktik memikat yang berkesan,nanti ramai yang......'.

PANGGG!!, satu tamparan dari lisa hinggap di muka aku. aku senyum kerana itu yang aku mahu. dan aku berjaya mendapatkannya.

lisa berlalu. mungkin dengan seribu penyesalan ataupun puas kerana dapat menampar aku.

aku rutun melihat lisa pergi, lagu we are broken menjalar ke telinga.
+++
and yes, if you knew the darkness that prevail, tonight i saw nothing in the dark.

7.11.10

maskara

'brrrrrrttffttt', telefon tangan aku bergetar seraya lagu mat bond berkumandang. aku melihat pemanggil. terpapar nama ibu aku. gembira rasa hati, baru teringat sudah ditelefon. memang naluri keibuan.

seperti biasa, sesi bertanya khabar dihabiskan. tapi aku semacam boleh mengagak ada perkara lain yang dia nak bertanya atau sesuatu terbuku di hati yang hendak diceritakan. tapi dua-dua diam, kedengaran bunyi kipas meja 16" berputar.

'ada surat dokter untuk kamu, bobo!, kenapa tak bagitahu awal-awal?.

'erk, surat... dokter... ape ni.. ceritera apa ni? tanya aku perlahan inginkan kepastian.

'aish.. dah ade nama kamu.. surat siapa lagi?' suara ditinggikan berbaur tegas.

'erm.' aku tersentak tanda kantoi. memang salah aku. kenapa dulu semasa pendaftaran aku dengan selamba menulis alamat dia. 'entahlah, tak dapat apa pun.. mana tahu.' jawab aku perlahan, cuba mengelak di soal siasat dengan lebih lama.

'maksudnya, yang kamu selalu mengadu itu ada kaitanlah ya?' sesi soal siasat dimulakan.

seperti peromen yang kantoi di tangga, tiada lagi alasan yang boleh diberikan bilamana aksi dirakam. 'mungkinlah kot', jawab aku perlahan.

'dah, kalau macam tu, tak payahlah nak duduk jauh-jauh lagi. baliklah. kalau jadi apa-apa nanti siapa nak jaga kamu?, dah la jauh'. suara lembut di corong speaker telefon.

'takpelah, mana ada apa'. kata aku membantah. 'lagipun kalau bobo balik, nanti siapa nak menjaga keamanan negara, ibu pun tahu bukan, laskar kita semakin kurang sekarang, yang ada pun bukan yang patriotik sangat, semua orang nak merubah dunia ibu, tapi siapa yang nak mati, nak berkorban untuk itu?', bebel aku membantah. sememangnya mereka tahu, aku seorang yang keras kepala. degil. hitam kata aku, hitamlah aku dan mereka.

jika hitamnya aku, mereka pula putih. nescaya, ada yang menanti dengan bedilan dan letusan lahar kemarahan seolah versuvius yang memuntahkan isi perut bumi pada tahun 1979. kerana ayam punya angkara pun aku bermatian. inikan pula perkara remeh.

'siapa lagi tahu?', tanya aku inginkan kepastian.'belum lagi', jawabnya pendek'jangan bagitahu sesiapa ya, nanti hilang seronok', kata aku mencuba.

'..............', tiada bunyi persetujuan ataupun bantahan.

'takpelah, nanti kalau apa-apa, bobo bagitahulah, jangan risau, bobo berjuang untuk negara, kalau bobo mati pun, biarlah pergi dengan menyumbangkan sesuatu untuk ibu dan ayah. bobo taknak susahkan sesiapa lagi. bobo janji'. luah aku, tapi aku sendiri tak paham kenapa aku keluarkan ayat sebegitu.

bunyi tangisan di hujung talian.

'hurm, nanti bobo pulang, kita bincang yer'. kata aku memujuk lagi.

'kenapa tak bagitahu awal-awal?', nada teresak di sana.

'bukan taknak bagitahu, cuma taknak sesiapa pun susah hati, ibu tahu bukan bobo macam mana?, tak sukalah macam ni, memang bobo keras kepala, tapi kalau boleh bobo dah tak mahu jadi macam tu, bobo taknak jadi pendendam lagi, siapa-siapa yang buat salah dengan bobo, bobo dah maafkan, tak guna nak simpan dendam lagi, bobo nak dekatkan diri dengan DIA, hajatnyalah'. kata aku bertegas dicampur rasa serba salah. 'tapi nanti boleh tak kirimkan surat tu kat bobo, nak confirmkan dululah', sambung aku lagi.

"BOOOOOOOMMM!!!!", bunyi letupan dari luar kem secara tiba-tiba menganggu perbualan.

'BOOOM.... BOOOM'.

'bunyi apa tu?' soal ibu aku.

'mercun, diorang main mercun... sekarang kan deepavali', jawab aku

'ape kejadah deepavali pun ade mercun?' soal dia tetiba, dan aku tahu aku berjaya mengalih topik konversasi.

aku gelak dengan sinis seraya berkata 'alah, kata 1malaysia, sesiapa pun boleh ape main mercun, cuma meriam buluh je kita pegang lagi'.
+++
dua-dua diam, lagu shoot the space cadets semakin rancak.

31.10.10

awan kesembilan.

'plup'... mesej dari ym masuk. ok, aku tak sedar aku sedang online bukannya invisible macam selalu. patutlah dah tak rasa immortal.

'buat apa'.. itu bunyinya. memang tipikal. ape salah kalau taip 'jom uptown, gua belanja lu beefstik..' tak pun 'aku ada dvd porn baru, nak pinjam?'.

aku memang malas, tapi memang dasar hati taknak bagi orang terasa, aku menjawab 'lepas makan, tengah kemas katil .. tepuk-tepuk bantal, siap nak tido'.. balas aku.

'oo..sini takde katil, tilam je'.. reply selepas mesej aku di atas.

'erk, alah, samelah tu. ini tilam jugak. masih yang sama semenjak dua tahun lepas .. alas toto yang tak pernah basuh tu + blanket, tade duit ah nak beli katil bagai ni, aku bukan kaya'. jawab aku nak mengena.

'takpe, cukuplah tu, asal buleh kasi 10 times..

'10 timse ape' .. aku play dumb.. sambil tekan ikon ROTFL.

'eh, kenapa gelak'. tanya dia lagi.

'takde silap tekan ikon'..

'eleh.. yelah tu.. takde 10 times, jangan tido'
++++

dan aku diam, maaf.. aku tak stim nak melucah dengan kau sekarang, konek aku pun tak naik. aku biar dia menaip sorang-sorang. aku terfikir, kalau aku tak membalas dan terus offline (invisible), nampak sangat kurang ajar.

tapi.. 'plup..plup..plup..' ... 'sial', kata aku dalam hati, ramai lah pulak tanya khabar (subliminal message untuk jadi bzbody). aku terus sign out.