Panda sedu sedan di rimbunan buluh. Mengenangkan nasib diri. Dunia seperti tidak adil untuknya. Kata kata hikmat jenuh didengar. Namun tidak pernah mengubah apa apa. Kasut panda tidak pernah disarung yang lain. Kakinya dan mereka tidak sama.
Beruang angkasa menghampiri panda.
Kenapa dengan engkau wahai panda? Aku ada untuk engkau. Sapa si beruang angkasa.
Hmmm. Pendek jawab panda.
Mari sini, aku pinjamkan bahu aku untuk engkau. Tidak salah kamu mahu tersedu sedan. Tapi, titisan hingus dan air mata itu semua berertikah?, soal beruang angkasa.
Panda merenung mata beruang angkasa. Ada betul juga kata kata si beruang angkasa. Dia menunduk malu. Memang tiada pun panda lain yang peduli. Buluh buluh juga kegemaran mereka.
Panda bangun, dia ingin lari dari beruang angkasa. Dia malu.
Serentak itu dia dipeluk beruang angkasa. Pelukan erat penuh kasih sayang. Terasa ketenangan dalam diri. Seolah semua masalah hilang. Seperti datangnya tempat untuk dia berpaut.
CHRUUPPP!!
Belati ditusuk tepat ke jantung panda. Beruang angkasa mula menjarakkan tubuh.
Kkkkeenapa kau buat begini?, soal panda menahan kesakitan.
Beruang angkasa menarik nafas panjang. Dia senyum melihat panda mulai lemah.
Sebelum pejam panda berbisik.
Kenapa dibunuh hati ini?