Showing posts with label blab. Show all posts
Showing posts with label blab. Show all posts

2.4.12

Celik?

Memang major turn off. Bilamana apa yang kita pandu itu cermin kejayaan.

posted from Bloggeroid

24.3.12

Mimpi.

Seperti yang aku katakan. Ianya indah. Dalam khayalan. Dimana segalanya mungkin.

posted from Bloggeroid

22.3.12

Belum.

Belum selesai satu. Datang lagi satu. Bertimpa. Bukan aku tawar hati. Tapi aku sibuk berfikir cara keluar. Cara keluar yang diam. Tidak mahu terpalit pada yang lain. Mereka yang memandang. Sambil bercerita.

Moga dipinjamkan sedikit kekuatan.

posted from Bloggeroid

16.3.12

Mampus.

10k? Mana nak cari.

posted from Bloggeroid

7.3.12

Gagal.

Kata orang kita hanya mampu merancang. Yang menentukannya adalah tuhan. Kata kata tipikal bila perancangan tidak berjaya.

Ya, aku gagal tidak seperti rancangan. Ianya indah, kekal dalam khayalan.

posted from Bloggeroid

21.2.12

...

Aku tidak mencari kesempurnaan. Sebab aku tahu, aku faham. Sempurna itu tidak pernah lengkap.

Tidak pernah cukup.

posted from Bloggeroid

18.2.12

Kasta

Dihari itu, panda panda pun bergayutan. Ada yang bergembira, ada yang bermain dam.

'Pssst..pssst. Kalau buat maggi ni, letak yang mana dulu. Ini apa. Ini apa. Bila nak letak air', kedengaran dari celah riuh rendah.

'Erk..letaklah rencah dulu. Baru letak air. Baru rasa rencah tu kat maggi'.

'Sorry, I tak pernah buat sendiri maggi macam ni'.

PAP. Kedengaran bunyi facepalm dari celah celah pohon buluh.

posted from Bloggeroid

15.2.12

Tika.

Kalau aku simpan dalam hati. Kunci. Balut ketat ketat. Lempar kunci ke dasar laut. Biar aku saja yang tahu. Aku pasti ianya bukan begini.
posted from Bloggeroid

Tiada

Berapa lama dahulu batuk itu hilang. Suara gema televisyen juga tiada. Semua jadi curiga. Ada manusia yang prihatin memberi salam niat bertanya khabar.

Ditemui sekujur tubuh di baringan. Tiada lagi nafas. Tapi tiada siapa untuk dikhabarkan. 

Begitu jugakah caranya mati aku nanti?

posted from Bloggeroid

14.2.12

Helah

HAHAHA... Hilai ketawanya kuat. Ketawanya mengejek. Dipegangnya perut sendiri sambil mata berair. Tidak pasti apa yang kelakar.

Dia geram. Muka disembam ke tilam. Bantal diserkup ke atas kepala. Malas dengar ejekan dan hilai tawanya.

Tawa mengejeknya berterusan. Selagi dia belum lelap.

posted from Bloggeroid

12.2.12

Kata II

Pada suatu hari, panda panda pun bergayutan diharitu. Ada yang menari. Ada yang bersawah.

'Panda, kita kalau nak mulakan apa apa, biarlah dari usia muda. Jangan kisah kerja berat diwaktu muda. Sementara badan masih kuat dan gagah.', kedengaran suara di balik pohon buluh.

Angin sepoi sepoi bahasa berlalu.

'Terima kasih kerana buat aku ralat', kotak dialog tanda dalam fikiran juga muncul dari balik pohon buluh.

Suasana kembali hiatus.

posted from Bloggeroid

Kata

Pada suatu hari, panda panda pun bergayutan haritu. Ada yang bekerja. Ada yang bergembira.

'Panda, cuba kau fikir... Si panda cinta itu tak semestinya memilih engkau sebagai teman walau pun dia belum berpunya. Ngerti!!', kedengaran di balik pohon pohon buluh.

Angin sepoi sepoi bahasa lalu. Suasana kembali sunyi.

posted from Bloggeroid

11.2.12

Kekal

Aku faham tiada yang kekal. Aku pernah silap aturan yang menampakkan lagi maksud sementara. Tiada yang paling celaka bila dunia angan hilang.

Baiklah, aku baru nak mula hidup.

posted from Bloggeroid

10.2.12

Projek

Apa yang aku buat, aku bagi nama 'projek 10 tahun'. Jadi dah namanya sepuluh tahun. Kenalah aku sabar bukan?

Tapi, belum cukup!
posted from Bloggeroid

7.2.12

Dongeng

Kalaupun hidup ini semacam fairy tales yang ada happy ending tu, watak aku ialah dark wizard yang kalah dan mati di akhir cerita.

Bahagia itu untuk orang lain.

posted from Bloggeroid

9.6.11

politik.

hidup ini pendek, buka mata esok aku sudah berumur 50. sekurangnya aku dah cakap apa yang aku rasa sekarang. sekejap ke lama, itu cerita lain.

biarlah. jangan usah menepik. engkau memang tidak peduli.

"pain and stress, develops insomnia", (cashback,2006)

3.6.11

bola dan biskut,

PANGG!!

telefon kampret ranger berkecai di lantai. barang yang dipesannya dari awang pit tidak sampai pada masanya. dia geram. mungkin awang pit mahu bermain bangsat kali ini.

dia segera menjerit. memanggil seorang pengikutnya.

bunyi tapak kaki berlari menghampiri kampret ranger makin jelas.

'ya bos, kenapa bos memanggil saya?', soal orang suruhan kampret, hamid hitam.

'hamid!!! kau nampak telefon aku kat lantai bukan. kau jangan banyak bunyi, kasi aku telefon kau...', kampret bernada tinggi. tangan kirinya bermain main dengan pistol.

hamid menghulur telefonnya dengan muka ketakutan.

kampret mula mendail membuat panggilan.

++++

pintu bilik kampret dibuka. seorang lelaki berbangsa cina menolak seorang lelaki melayu kearah kampret.

'aku cakap bunuh, kau bunuh saja. jangan cakap banyak', kampret masih lagi bebual di telefon.

kedua lelaki itu sekarang berada di hadapan kampret. perbualan kampret terhenti. matanya merenung kedua lelaki itu.

tangan kampret menunjukkan isyarat keluar.

tinggallah lelaki melayu berdiri keseorangan di hadapan kampret. dia menahan sakit. lebam bekas tumbukan penuh di muka.

suasana hiatus, kampret merenung muka lelaki itu. tajam yang amat. seperti mahu terkeluar biji mata kampret.

++++

kampret tiba tiba gelak dan 'azman...azman...azman', kepalanya di geleng.

'kau ingat kau cerdik!!!!', jerkah kampret secara mendadak.

azman terkedu, bagai mahu luruh jantungnya dijerkah kampret secara tiba tiba. nasib baik dia hanya lemah syawat. kalau dia pengidap lemah jantung seperti arwah encik badar. mahu dia rebah kelantai ketika itu juga.

'kenapa kampret?, apa aku dah buat'. tanya azman.

'kau tanya aku azman?...' mata kampret terjegil. 'kau ingat aku tak tahu yang selama ini kau songlap duit rompakan kita? kau ingat aku bodoh!! kau ingat aku tak bertelinga dan bermata macam romah caping dan wahab buta!!'.

kampret menengking. nafasnya tercungap cungap seperti anjing mengawan. mukanya merah.

azman tidak tahu apakah muka kampret merah itu marah atau menahan berak. dia sudah keliru.

'azman..azman..azman.. engkau bermain api azman!!.. kau tak kenal aku siapa!! kau tak kenal!!.. aku ketua engkau azman. aku bukan bodoh. aku ambil kau berkerja dengan aku walaupun aku tahu kau tak boleh diharap, engkau tak boleh buat kerja', kampret membebel panjang. nadanya tegas walaupun agak kecewa dengan azman.

'ta..ta...taapiii boss.....' azman cuba mencelah. mukanya bertukar biru seperti menahan kentut.

‘apa tapi tapi!!’ jerit kampret. ‘aku percayakan kau azman. aku yang bagi kau makan, tapi kau memang jenis tikam belakang!!’, jerit kampret lagi.

‘boss..boss…saya tak songlap boss…saya tak songlap’.

‘kau jangan berlawak azman. kalau engkau tak mengaku, habis siapa?’

‘bu…bu..bukan saya boss, saya takkan songlap apa apa dari boss’, tekan azman bersungguh, cubaan meyakinkan bossnya.

‘engkau jangan menipu azman, tanggalkan seluar kau sekarang azman’.

‘erk, kenapa boss, kenapa?.

‘aku cakap tanggal..tanggallah’, jerit kampret lagi. pistol sudah di acu kepada azman.

lutut azman ketar. mahu tak mahu dia sudah tiada pilihan lain selain mengikut kata kampret. jeans levi’s lusuhnya ditanggalkan.

kampret ketawa.

‘azman..azman..azman..tengok, boxer yang kau pakai tupun aku punya bukan?, itu kau kata tak berani songlap?’.

‘maaf bos, maaf..saya tak tahu boxer patrick starfish ini bos yang punya, tapi kalau pasal duit tu memang saya tak ambil boss’.

‘sudahhhhhhhh!!, jangan kau bagi alasan lagi’.

jeritan kampret kali ini sungguh kuat. azman terduduk. dia tidak sedar bila masa seluarnya basah.

lapan belas orang suruhan kampret beluru masuk ke bilik kampret. mereka saling berpandangan.

++++


gelak ketawa memecah ketegangan dalam bilik. semuanya kerana boxer pink patrick starfish yang dipakai terbalik oleh azman.

tapi azman masih bingung.

DIAMMMMM!!!

jeritan kampret menghentikan gelak ketawa berlebihan budak budaknya. mereka semua takutkan kampret. juara tomoi peringkat daerah.

pernah sekali kampret membelasah duabelas orang pemuda kerana mengacau salmah, anak dara pujaan kampret pada tahun 1876.

'siapa suruh kamu semua ketawa?', bentak kampret. semua anak buahnya tertunduk membisu. semua ketakutan.

'korang tengok sini, ini pengajaran buat si azman yang songlap duit rompakan kita'.

'errrrr... boss, boleh saya mencelah?', suara muncul dari kalangan budak budak kampret.

'hah, razak..ko nak ape?', kampret memang ketua yang baik. pendapat dan luahan anak buahnya jarang tidak didengarinya. prinsipnya: baik untuk mereka, baik jugalah untuk organisasi mereka'.

'boss, bukan ke azman yang songlap duit kita tu dah kita bunuh bulan lepas dan kita mana ada buat rompakan lagi bos.. kitakan buat snowwash je sekarang ni'.

kampret terkedu. dia memang alzheimer.

++++

bosanlah, ini bukan alzheimer. ini insomnia.

'erk. komeng mane!!'.

23.5.11

orgasme palsu

aku tahu ini semua bukan yang benar. tapi seperti diucapkan 'the only good sex, always the fake one'.

cuma, jangan sedarkan aku.

aku sakit, tapi aku bahagia.

18.5.11

kognitif hati

untuk satu perpuluhan lapan kay yang aku dapat. aku habiskan dengan cepat di bulan lima ini. bila tinggal dua dua tujuh perpuluhan lapan dua sebelum masa. aku senyum. sebab sekarang lagi sikit bila aku dah withdraw.

azam sebelum akhir tahun. aku berhasrat untuk menyimpan enam bulan hasil bayaran titik peluh in advance. gempak tak. atau hanya hangat tahi ayam atau sekadar angan si jenin.

persetan. jual burger lagi lah.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

25.3.11

blabber vi: masa

'oit panda, jom g makan...aku belanja kau'.

'eh mokhtar, ok jugak tu...tapi aku nak g kino dululah cari barang sket'.

'orait, gua join lu der'.

so, panda beli beli pas tu belah, kat luar kino. suara sumbang lagi tapi lawak sinis.

'pergh, banyak beli buku...'

'haha..entah, rasa nak beli..nanti nanti bacalah'

'eh, boleh aku tanya, ko ade mase ke nak baca semua ni...' mokhtar buat muka troll.

panda pun join muka troll.