10.10.13

Jamban.

Dek kerana panggilan alam. Engkau bergegas ke bilik kecil itu. Mencari ruang melepaskan hajat. Kalau dipendam, sakit yang datang. Begitulah nasihat nasihat mereka yang pakar.

Engkau termenung. Kerja yang engkau tinggalkan sebelum berlari. Banyak perlu disiapkan. 

Banyak?

Seketika termenung. Datang idea mencurah di benak kepala. Idea terhadap dunia. Idea terhadap kerja. Idea untuk macam macam. Keputusan untuk hidup. Keputusan dua hari akan datang. Apa rancangan untuk akan datang. Engkau tersenyum dengan perancangan yang cepat dan dirasakan logik.

Idea yang hebat hebat lahir dari situ. Tempat tinggal setan setan.

Suatu hari. Perancangan tak jadi. Idea hebat kemana.

Idea dari jamban? Tempat tinggal setan setan. Bisikan idea dari mereka.

Lagi kau mahu guna?




Dan ironinya. Ini pun dari jamban.

8.10.13

Keliru.

Aku bukannya sombong.

Lagi dua puluh enam hari, genap dua tahun. Semenjak dua menjak. Makin kerap dicari aku. Apakah cubaan untuk memindahkan kesalahan? Atas perkara yang sudah dilupakan.

Tujuan. Motif?

Keliru.

2.10.13

Kesumat VIII: Khianat

Kata kata kianat. Dia terbang kembali ke marikh.

1.10.13

Malam.

Satu malam. Dalam gelap.

Dia tengah menyiapkan seseorang untuk aku ke?

Ada ke?

Atau...

Akan aku mati sendirian?