21.11.10

cerita budak tadika.

semakin hari, semakin rimas dengan kerenah dunia. di mana kemewahan diukur melalui apa jenis kereta yang engkau pandu di atas jalan. mereka yang sukakan kesederhanaan di keji, di maki di tiap corong mana pun. ya, kapitalisma berjaya ditanam dalam diri kita.

tapi itu cerita lain. bukan itu yang aku nak bebelkan.

orang cakap, masa yang semakin singkat, itu tanda kiamat sudah hampir. tapi entah, sebab kita semua memang sibuk. aku juga sibuk ketika ini, dengan me'rewind' lagu sick muse. ya, juga entah kenapa. lagu dari metric makin aku dengar sekarang.

jiwa. dan dia yang di dalam kepala ini semakin bising.!

pernah dulu, waktu kecil, waktu tadika, atau mungkin waktu sebelum menjejak kaki ke tadika. aku menonton drama dikotak kecil hitam putih. waktu itu seingat aku, ayah aku terpaksa bekerja diluar. yang tinggal, aku dan mak aku saja.

cerita tentang dunia, tentang tipikal melayu yang melakonkan anak yang melupakan jasa si ibu. memang tipikal cerita melayu. tapi kesan cerita itu kat dada aku memang besar. itupun selepas mak aku berkata 'nanti besar-besar jangan buat macam ni kat mak'. aku semat, aku pahat betul-betul. nanti besar aku taknak jadi macam si lahanat dalam cerita itu.

ah. waktu itu mana ada nak aku fikirkan tentang isu diri, survival hidup, negara, ekonomi dan awek. aku hanya seorang budak yang naif. yang mudah diperbodohkan oleh drama melayu. aku lupa arahan siapa. tapi aku rasa itu cerita melayu. bukan seperti cerita razak mohideen yang lebih kepada fairy tale melayu bagi aku.

ok. tinggalkan zaman belum baligh aku. kalau betul pun aku sedar diri lepas tengok cerita tu. aku mesti bukan di tahap ini sekarang. mungkin seorang ketua pemuda, yang betul-betul ingin berjuang demi nasib negara dan pribumi.

sekarang aku terfikir balik, isu membalas jasa kedua orang tua. yang aku ataupun engkau semat kat dalam hati berpuluh tahun dulu. masa kecil, memang semua nampak mudah.

kalau mengikut perkiraan dalam kitaran sistem pembelajaran kita, yang enam tahun beseluar atau berkain biru gelap, lima tahun beseluar hijau atau berkain biru langit, tiga tahun mengenal dunia luar; itu kalau mengejar diploma dan lebih kurang tiga tahun untuk menghabiskan sarjana, yang membawa total 17 tahun bertungkus lumus untuk menjadi yang lebih baik dari orang lain.

yang confirmnya lepas 11 tahun tu baru ada rasa nak fikir
untuk diri sendiri. baru nak dapat hidayah tentang matlamat hidup. itu aku, orang lain aku tak tahulah.

sambung lagi, lancau-lancau umur 23 baru boleh cari kerja. tapi mula-mula kerja mesti ada azam 'aku dapat ni aku nak bagi orang tua aku, biar diorang rasa senang sikit, tak payah nak memikul guni jagung lagi'. tapi time tu nak fikir pasal tuntutan biologi jugak. maklumlah dekat menara gading dulu tu, tiptop akulah player. tapi yang baik punya. takde cari pasal.

tup-tup, kene separatekan belanja. makan megi pun takpe. gaji mula-mula kerja. dispatch. banyak manalah sangatkan. itu nak bagi orang tua rasa sikit. lupa pulak yang kos untuk survival rupanya tinggi. semua nak kene bayar. baru nak start fikir. selama ni duk menghabiskan duit pinjaman.

dalam hati simpan dalam-dalam. orang tindas pun takpe. jagung mentah memang takde harga. tapi lepas dua tahun membanting tulang, barulah sedar yang selama ni takde pun simpanan. harapkan epf untuk masa tua sebelum mati kelak.

bab membalas dan mensejahterakan orang tua belum dapat lagi. bila tiba masa bersilang tangan di dahi baru datang akal nak berfikir secara tenang dan rasional. kenapa?

dan sekarang ada rasa dengki, kenapa orang lain boleh itu ini. kenapa aku tidak.

ok dah! tiga empat perenggan membebel. nasib baik laptop subsidi ni tak ludah balik kat aku.

nak tak nak, semua terpaksa. dulu belajar ekonomi 101, cikgu ada cakap yang kos lepas bukan kat dalam ekonomi je. tapi semua benda. apa yang aku rasa terbaik itu aku ambil, yang kurang bukan aku buang, aku ketepikan dulu, tiba masa aku jengah kembali.

'sejauh mana baik?, in term anak yang baik'. kalau dari definasi orang lain mungkin aku bukan. tapi yang confirmnya aku takkan pilih klcc compare dengan orang. dua subjek yang berbeza. umpama pisang dan epal. tak relevan.

dengan umur yang makin melanjut (yang sebenarnya, bukan umur je melanjut, segala-gala). baru sedar kehendak kaizen dalam diri. mengharapkan yang lebih baik.bukankah bagus kalau kita ini seperti umat nabi nuh. kitaran hidup lebih kurang 900 tahun. banyak masa untuk buat semua benda. boleh fikir banyak benda. dari perihal haiwan ke angkasa.

tapi aku terima hakikat yang aku dan engkau bukan begitu lama boleh hidup. tak banyak benda yang boleh kita buat. aku percaya, esok kita celik tapi rasanya baru semalam kita budak tadika yang melabon dengan orang tua. mereka gelak.

tapi entah, jauh mana sangat aku nak melabon. nanti esok lusa aku nak tengok balik apa aku taip. boleh lah jadi bahan lawak aku nak gelak kat diri sendiri.

kan bagus kalau umur 900 tahun. tapi kalau 9.0.0 tahun, maknanya suara dalam kepala aku ni lagi lama lah memekak. aku suka dia diam. baru aku tak menulis benda mengarut yang mengalih perhatian begini.

engkau dan aku memang penat. penat dengan kerenah mereka. penat dengan kerenah dunia. dunia yang tak pernah paham. dunia yang hanya ada kau dan aku. dunia yang tak ada kita.

ah! suara dalam kepala. boleh kau diam!

2 comments:

  1. ada sapa dalam dunia ko weh?

    suara dalam kepala? ko dah solat blom?

    ReplyDelete
  2. dunia yang tiada dewa dewi..

    haha..

    kau saje bukan?

    ReplyDelete