caller tone the only exception menyeringa ke telinga aku. ramai betul yang letak lagu ni as caller tone bentak hati aku.
'hello' suara dari akhir talian.
'aaa.. kat mana ni? dah sampai', balas aku sambil berjalan-jalan anak. dan aku ternampak tuan punya badan di dalam kereta melambai tangan kepada aku. aku senyum.
'nak kemana' tanya dia.
'kata nak lepak makan bukan? dekat kawasan depan ni banyak tempat makan... jom kesana jelah.' balas aku.
'ok, nah bawaklah' sepasang mata merenung aku.
'erk, aish.. aku mana reti bawak keretalah.. serius!!'
'laa, tak boleh ke.. betul ni?.. aish' raut wajah seolah tertelan lelehan cuka.
'pftttt'. aku diam. mendengar bebelan halus. tapi aku menumpang. kereta dah bergerak. ikutkan hati aku mahu terjun.
aku senyum... senyum kambing.
lambat lagi gamaknya june ni. kang bagus malam ini aku tidur, esok sudah june. aku mahu pergi.. tinggalkan semua ini.
hati aku dah malas nak mencarut dengan sistem, dengan manusia. jarang pernah aku dikalahkan dengan andaian yang aku buat terhadap manusia ni. sebab aku pun manusia juga.
dan aku pernah naif.
wow. dating.
ReplyDeletenice. very nice~
errr hermmms
ReplyDeletehow nice is nice?
ReplyDelete