Showing posts with label soliloquy. Show all posts
Showing posts with label soliloquy. Show all posts

23.5.11

orgasme palsu

aku tahu ini semua bukan yang benar. tapi seperti diucapkan 'the only good sex, always the fake one'.

cuma, jangan sedarkan aku.

aku sakit, tapi aku bahagia.

18.5.11

kognitif hati

untuk satu perpuluhan lapan kay yang aku dapat. aku habiskan dengan cepat di bulan lima ini. bila tinggal dua dua tujuh perpuluhan lapan dua sebelum masa. aku senyum. sebab sekarang lagi sikit bila aku dah withdraw.

azam sebelum akhir tahun. aku berhasrat untuk menyimpan enam bulan hasil bayaran titik peluh in advance. gempak tak. atau hanya hangat tahi ayam atau sekadar angan si jenin.

persetan. jual burger lagi lah.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

4.5.11

blabber vii.

dengan angka pada usia yang semakin membesar, semua yang pernah ke fikiran menjadi betul. bila kiranya menghampiri mati, semua yang remeh remeh tidak lagi penting. putus asa nak bertegang urat dengan sisa hidup yang sedikit.

wahai bidadari bidadari perang. sinsinglah lengan baju mu. tunjukkan tatah tatu perang mu kepada aku. kepakkan sayapmu. terbanglah. biarkan aku menembak dari bawah.

asal matahari itu tidak hilang. apa sahaja.

23.4.11

cerita hari ini.

mak sudah! kawan kawan sudah! awek? haha..

hari ini akan berakhir nanti. ianya biasa biasa saja. marching forward with links 234.

rammstein rock. shiapa shiapa yang nak bagi hadiah. bungkus dalam kotak besar macam ni.

7.4.11

ini.

Mungkin, mungkin dia sudah bosan dengar celoteh aku. Makin hari makin mengarut untuk dia dengar. Makin bosan untuk dia dengar. Yang tinggal cuma aku sahaja yang tak henti berceloteh seperti bayi,  bayi yang laparkan susu dada.

Aku cuma ingin meluahkan rasa tekanan. Tapi jawapan...

'Fikir panjang sikit asrul'...

Buat aku diam. Siapa lagi yang aku ada?

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

29.3.11

F.T.W.W.W

deepset - every instance in time is a journey of hope.

6.3.11

vendetta vii: march



 1 march, aku menutup pintu yang terbuka. semua salah diri sendiri. aku tak mampu. apa lagi aku boleh harapkan, memang aku tak hebat. maaf, aku kecewakan kamu.

bermimpi tinggi memang aku lupa akan keupayaan diri. maaf. aku kalah.!

20.2.11

oh february!

february! aku tak sure if malang yang datang akhir januari tempoh hari menjadi pemboleh ubah dalam kes aku. serius, macam over spent je. tapi tak tahu ke mana. aish. sesak nafas!!

TAPI, awek pakai tudung pink and biru tu memang muahahah..

8.2.11

ellipsis iv: instint

jadi bodoh tak selalunya baik, tapi kalau jadi bagus pun susah jugak. average joe lagi senang kot. kalau tak dua-dua kena palu je.

instint ibu-ibu ni pelik betul lah. mungkin 9 bulan aku di ayak ke sana ke mari kot.

ibu-ibu sebab satu lagi ibu mertua.

bye!

Sent from my Blackberry via Vodafone-Celcom Mobile.

7.2.11

ellipsis iii: insomnia

'eh, panda nampak mengantuk je'

'tak lah, mata ni memang ada eye bag, safety first!'

'tipulah, kau buat apa malam-malam ni?'

'job hunting..puas hati kau?'

bye!

Sent from my Blackberry via Vodafone-Celcom Mobile.

5.2.11

ellipsis ii.

hari tu:
'yes, may i help u sir'

'please, i nak terminate my broadband'

'ada bawak modem tak?'

'eh, kene bawak ke...if so, takpelah. tomorrow maybe'.
+++
hari ni:
'sir, anything that i can help'

'i want to terminate my bb account, i have my modem with me today'

'sorry sir, our system down'

'pfftttt..to all system or only to this outlet?'

'sini je cik'
+++
tapi yeaa!!, aku dah terminate bb aku. aku tau korang saje nak susahkan aku kan. tapi aku menyirap jugak bile orang tu cakap.

'actually encik boleh call je utk terminate, tak payah modem pun, tak payah datang pun'

'aaaaaaaaaaaaaa' sambil aku bersiul ke luar outlet.

bye!

1.2.11

ellipsis.

hari ni 1 februari, hari wilayah. sepatutnya aku kerja, tapi dah takde mood nak pergi kerja. biarlah. aku dah hilang rasa.

esok nak terminate broadband.

bye!

30.1.11

sleepless.

Bila dah merasa hampir sangat dengan mati.

Trauma. Bukan senang nak hilang. Pejam mata nampak TAH melayang di hadapan dan nampak pemandu di belakang cemas membrek.

Dia cemas membrek lori batanya. Aku? Aku kat situlah.

Mari aku canangkan. Alah, apa beza. Aku saja yang lega. Hanya satu dalam benak ketika itu. 'Aku Belum Mahu Pergi, Tapi Jika Begitu, Aku Redha'.

Tapi nampak lagilah. Kau nampak tak.

Takpelah. Syukurlah.

Selamat malam Dolores.

16.1.11

karma iii.

caller tone the only exception menyeringa ke telinga aku. ramai betul yang letak lagu ni as caller tone bentak hati aku.

'hello' suara dari akhir talian.

'aaa.. kat mana ni? dah sampai', balas aku sambil berjalan-jalan anak. dan aku ternampak tuan punya badan di dalam kereta melambai tangan kepada aku. aku senyum.

'nak kemana' tanya dia.

'kata nak lepak makan bukan? dekat kawasan depan ni banyak tempat makan... jom kesana jelah.' balas aku.

'ok, nah bawaklah' sepasang mata merenung aku.

'erk, aish.. aku mana reti bawak keretalah.. serius!!'

'laa, tak boleh ke.. betul ni?.. aish' raut wajah seolah tertelan lelehan cuka.

'pftttt'. aku diam. mendengar bebelan halus. tapi aku menumpang. kereta dah bergerak. ikutkan hati aku mahu terjun.

aku senyum... senyum kambing.

lambat lagi gamaknya june ni. kang bagus malam ini aku tidur, esok sudah june. aku mahu pergi.. tinggalkan semua ini.

hati aku dah malas nak mencarut dengan sistem, dengan manusia. jarang pernah aku dikalahkan dengan andaian yang aku buat terhadap manusia ni. sebab aku pun manusia juga.

dan aku pernah naif.

2.1.11

hujung minggu

member bagi link lagu ana b - mimpi. aku dengar.

semalam keluar dengan sorang kawan. katanya sudah berbulan aku tak jumpa dia. tapi aku rasa baru semalam.

mungkin 'kesibukan' memakan diri aku. terasa nak pulang ke kampung. hidup cara kampung. menoreh getah. sebab harga komoditi getah dan sawit makin melonjak. aku rasa boleh sampai rm12 nanti.

time tu baru rasa malu dengan kawan yang setia menoreh.

mereka lagi kaya. +-1k seminggu.

korang taknak?