PANGG!!
telefon kampret ranger berkecai di lantai. barang yang dipesannya dari awang pit tidak sampai pada masanya. dia geram. mungkin awang pit mahu bermain bangsat kali ini.
dia segera menjerit. memanggil seorang pengikutnya.
bunyi tapak kaki berlari menghampiri kampret ranger makin jelas.
'ya bos, kenapa bos memanggil saya?', soal orang suruhan kampret, hamid hitam.
'hamid!!! kau nampak telefon aku kat lantai bukan. kau jangan banyak bunyi, kasi aku telefon kau...', kampret bernada tinggi. tangan kirinya bermain main dengan pistol.
hamid menghulur telefonnya dengan muka ketakutan.
kampret mula mendail membuat panggilan.
++++
pintu bilik kampret dibuka. seorang lelaki berbangsa cina menolak seorang lelaki melayu kearah kampret.
'aku cakap bunuh, kau bunuh saja. jangan cakap banyak', kampret masih lagi bebual di telefon.
kedua lelaki itu sekarang berada di hadapan kampret. perbualan kampret terhenti. matanya merenung kedua lelaki itu.
tangan kampret menunjukkan isyarat keluar.
tinggallah lelaki melayu berdiri keseorangan di hadapan kampret. dia menahan sakit. lebam bekas tumbukan penuh di muka.
suasana hiatus, kampret merenung muka lelaki itu. tajam yang amat. seperti mahu terkeluar biji mata kampret.
++++
kampret tiba tiba gelak dan 'azman...azman...azman', kepalanya di geleng.
'kau ingat kau cerdik!!!!', jerkah kampret secara mendadak.
azman terkedu, bagai mahu luruh jantungnya dijerkah kampret secara tiba tiba. nasib baik dia hanya lemah syawat. kalau dia pengidap lemah jantung seperti arwah encik badar. mahu dia rebah kelantai ketika itu juga.
'kenapa kampret?, apa aku dah buat'. tanya azman.
'kau tanya aku azman?...' mata kampret terjegil. 'kau ingat aku tak tahu yang selama ini kau songlap duit rompakan kita? kau ingat aku bodoh!! kau ingat aku tak bertelinga dan bermata macam romah caping dan wahab buta!!'.
kampret menengking. nafasnya tercungap cungap seperti anjing mengawan. mukanya merah.
azman tidak tahu apakah muka kampret merah itu marah atau menahan berak. dia sudah keliru.
'azman..azman..azman.. engkau bermain api azman!!.. kau tak kenal aku siapa!! kau tak kenal!!.. aku ketua engkau azman. aku bukan bodoh. aku ambil kau berkerja dengan aku walaupun aku tahu kau tak boleh diharap, engkau tak boleh buat kerja', kampret membebel panjang. nadanya tegas walaupun agak kecewa dengan azman.
'ta..ta...taapiii boss.....' azman cuba mencelah. mukanya bertukar biru seperti menahan kentut.
‘apa tapi tapi!!’ jerit kampret. ‘aku percayakan kau azman. aku yang bagi kau makan, tapi kau memang jenis tikam belakang!!’, jerit kampret lagi.
‘boss..boss…saya tak songlap boss…saya tak songlap’.
‘kau jangan berlawak azman. kalau engkau tak mengaku, habis siapa?’
‘bu…bu..bukan saya boss, saya takkan songlap apa apa dari boss’, tekan azman bersungguh, cubaan meyakinkan bossnya.
‘engkau jangan menipu azman, tanggalkan seluar kau sekarang azman’.
‘erk, kenapa boss, kenapa?.
‘aku cakap tanggal..tanggallah’, jerit kampret lagi. pistol sudah di acu kepada azman.
lutut azman ketar. mahu tak mahu dia sudah tiada pilihan lain selain mengikut kata kampret. jeans levi’s lusuhnya ditanggalkan.
kampret ketawa.
‘azman..azman..azman..tengok, boxer yang kau pakai tupun aku punya bukan?, itu kau kata tak berani songlap?’.
‘maaf bos, maaf..saya tak tahu boxer patrick starfish ini bos yang punya, tapi kalau pasal duit tu memang saya tak ambil boss’.
‘sudahhhhhhhh!!, jangan kau bagi alasan lagi’.
jeritan kampret kali ini sungguh kuat. azman terduduk. dia tidak sedar bila masa seluarnya basah.
lapan belas orang suruhan kampret beluru masuk ke bilik kampret. mereka saling berpandangan.
++++
gelak ketawa memecah ketegangan dalam bilik. semuanya kerana boxer pink patrick starfish yang dipakai terbalik oleh azman.
tapi azman masih bingung.
DIAMMMMM!!!
jeritan kampret menghentikan gelak ketawa berlebihan budak budaknya. mereka semua takutkan kampret. juara tomoi peringkat daerah.
pernah sekali kampret membelasah duabelas orang pemuda kerana mengacau salmah, anak dara pujaan kampret pada tahun 1876.
'siapa suruh kamu semua ketawa?', bentak kampret. semua anak buahnya tertunduk membisu. semua ketakutan.
'korang tengok sini, ini pengajaran buat si azman yang songlap duit rompakan kita'.
'errrrr... boss, boleh saya mencelah?', suara muncul dari kalangan budak budak kampret.
'hah, razak..ko nak ape?', kampret memang ketua yang baik. pendapat dan luahan anak buahnya jarang tidak didengarinya. prinsipnya: baik untuk mereka, baik jugalah untuk organisasi mereka'.
'boss, bukan ke azman yang songlap duit kita tu dah kita bunuh bulan lepas dan kita mana ada buat rompakan lagi bos.. kitakan buat snowwash je sekarang ni'.
kampret terkedu. dia memang alzheimer.
++++
bosanlah, ini bukan alzheimer. ini insomnia.
'erk. komeng mane!!'.
No comments:
Post a Comment