panda bangkit dari lenanya. bunyi mesin rumput kontraktor pembersihan memang bingit di bawah blok flatnya.
"bagus juga diorang bersihkan kawasan ni, kurang sikit nyamuk", kata panda seorang diri.
dia mencapai tuala. dililitnya di tengkuk. dia berjalan keluar bilik dengan berboxer merah. dia memasangkan tv. macam biasa, rancangan natgeo memang menjadi pilihan.
asyik menonton kari bayron cuba memecahkan mitos kedengaran jeritan perempuan dari bawah blok. ada ular sawa sedang berlingkar di pangkal pokok.
'kawasan ni memang dah lama tak dibersihkan, memang patut kalau ada singa sekali pun', seloroh panda sendirian lagi.
dia pantas bangun. lagak hero. dia kedapur. memanaskan air didalam water heater. tidak mahu membuang masa dia mandi. dasar hero, mana boleh gopoh.
seusai mandi, panda ambil air panas. menuang ke mug putih miliknya. dia bancuh nescafe. kembali duduk disofa dan layan kari bayron lagi.
No comments:
Post a Comment