13.7.11

pandemik

tidur jimran tidak lena. kipas biliknya rosak lagi. dia terjaga. dan sekarang ada bau yang kurang menyenangkan menusuk hidungnya.

seperti biasa, dia memang berani. nekad dia mahu mencari sumber bauan yang kurang enak itu.

dia bangkit dan segera membuka lampu kalimantan bilik nya.

semua tempat di geledah. mana tahu ada bangkai tikus atau cicak yang mati tersepit. lebih berani, dia menjenguk ke luar tingkap. yang ada cuma guni putih bekas kacang ditinggal bawah batang pagar.

'musykil aku, tiada apa.. tapi bau kuat lagi'. bisik hatinya.

dia berfikir panjang. jarinya mula bermain di kawasan hidung. memang tabiatnya kalau berfikir sambil membersihkan kedua lohong udaranya.

jarinya mengorek gorek. matanya terpejam inzal. pepejal hitam likat dikeluarkan. dicalitkannya ke dinding.

sekarang bau itu hilang.

tidurnya bersenyum.

No comments:

Post a Comment