aku tahu ini semua bukan yang benar. tapi seperti diucapkan 'the only good sex, always the fake one'.
cuma, jangan sedarkan aku.
aku sakit, tapi aku bahagia.
23.5.11
22.5.11
20.5.11
kesumat vi: keliru
Bunyi tapak kaki melangkah makin kuat. Tentera Arnab Hitam menghampiri dan berhenti. Panda berdiri di hadapan mereka. Dia nekad. Demi melindungi Komeng dan Mirajane.
Bunyi desir angin memenuhi ruang angkasa. Suasana hiatus.
‘Apakah kamu ini si Panda dari Negara Kapewong?’ soal tentera bercalit lima ke bawah. Agak panda ini mesti ketua mereka.
‘Ape kau nak Arnab jahanam!!’.
++++
‘Komeng, berhentilah… kita rehat dulu. Saya letih.. lilihat, kaki saya sudah melecet’. Rayu Mirajane.
Dek datangnya simpati mendengar keluhan dan rayuan Mirajane, Komeng bersetuju berhenti berehat sebelum ke destinasi.
Komeng menyalakan Malboro Lite nya.
Mirajane merenung dia tajam. Mirajane memang tidak suka perokok. Mirajane tidak suka asap rokok. Tapi dia takut mahu menegur Komeng. Dia takut ditinggalkan kesorangan dalam hutan gelap ini.
++++
‘Mirajane, kenapa kamu suka Panda?’, tanya Komeng sambil menyedut sisa Malboro pertamanya.
‘Kenapa?’
‘Saja bertanya. Tak boleh?’, Komeng bersarkastik sambil berjalan balik ke jalan mereka tiba.
Mirajane terpinga. Penatnya masih belum hilang. Dia tak larat bangun. Komeng makin hilang ditelan hutan.
++++
Bunyi tapak kaki makin jelas kedengaran. Mirajane menyorok di balik batuan tempat dia berehat. Prasangka hatinya tentera Arnab hitam sudah menjejaki mereka. Respirasi pramatang mula menular di badannya.
‘MIRAJANE, apa kamu buat di belakang tu?’ tanya Panda
‘Sorang je, mana Komeng?’.
Subscribe to:
Posts (Atom)







