panda bangkit dari lenanya. bunyi mesin rumput kontraktor pembersihan memang bingit di bawah blok flatnya.
"bagus juga diorang bersihkan kawasan ni, kurang sikit nyamuk", kata panda seorang diri.
dia mencapai tuala. dililitnya di tengkuk. dia berjalan keluar bilik dengan berboxer merah. dia memasangkan tv. macam biasa, rancangan natgeo memang menjadi pilihan.
asyik menonton kari bayron cuba memecahkan mitos kedengaran jeritan perempuan dari bawah blok. ada ular sawa sedang berlingkar di pangkal pokok.
'kawasan ni memang dah lama tak dibersihkan, memang patut kalau ada singa sekali pun', seloroh panda sendirian lagi.
dia pantas bangun. lagak hero. dia kedapur. memanaskan air didalam water heater. tidak mahu membuang masa dia mandi. dasar hero, mana boleh gopoh.
seusai mandi, panda ambil air panas. menuang ke mug putih miliknya. dia bancuh nescafe. kembali duduk disofa dan layan kari bayron lagi.
17.7.11
13.7.11
pandemik
tidur jimran tidak lena. kipas biliknya rosak lagi. dia terjaga. dan sekarang ada bau yang kurang menyenangkan menusuk hidungnya.
seperti biasa, dia memang berani. nekad dia mahu mencari sumber bauan yang kurang enak itu.
dia bangkit dan segera membuka lampu kalimantan bilik nya.
semua tempat di geledah. mana tahu ada bangkai tikus atau cicak yang mati tersepit. lebih berani, dia menjenguk ke luar tingkap. yang ada cuma guni putih bekas kacang ditinggal bawah batang pagar.
'musykil aku, tiada apa.. tapi bau kuat lagi'. bisik hatinya.
dia berfikir panjang. jarinya mula bermain di kawasan hidung. memang tabiatnya kalau berfikir sambil membersihkan kedua lohong udaranya.
jarinya mengorek gorek. matanya terpejam inzal. pepejal hitam likat dikeluarkan. dicalitkannya ke dinding.
sekarang bau itu hilang.
tidurnya bersenyum.

11.7.11
pecah.
nurmi berjalan di belakan jimron. jimron sedang membungkus sesuatu. sungguh kemas.
'ini siapa punya? bila nak transport?', soal nurmi. dia berkuasa di situ. dia pengawal selia. mukanya juga berparut.
'dalam ini hadiah berbentuk hati. dibuat dari kaca. milik sang pemimpi. memang dia mengarahkan untuk kita simpan'.
bungkusan siap semasa jimbron melayan nurmi. sampai giliran kumpulan B untuk mengambil alih. kumpulan B diketuai panda.
panda tak cukup tidur. dia mamai.
ketika mengangkat kotak. dia teringatkan delores. kaki dia tersadung.
nurmi menjegilkan mata melihat kotak itu jatuh kelantai.
'panda...lihat!! aku rasa sudah pecah. kamu tak nampak ke ada sticker fragile di kotak'.
pari pari kecil bertempiaran melarikan diri.
memang isinya sudah pecah.

5.7.11
turun ke hati
'awak!! kenapa setiap kali kita keluar..awak tak pernah duduk tepi saya?'.
'errr..kene ke?'.
'adakah saya punyai bau yang menjengkelkan'.
'bukan, kalau duduk sebelah awak, macamana saya nak tengok mata awak yang cantik tu, rugilah saya'.
ha ha ha ha.. harapan!!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Subscribe to:
Posts (Atom)