27.7.11

rajuk

dia kecewa dengan aku? tapi apa tujuan aku berkata sedemikian dengan hati tua itu. aku tahu aku bukannya mampu. tapi mungkin dengan kata aku dapat menghadirkan gembira di hati.

tapi ralatlah juga. 

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

18.7.11

fokus

jangan cakap banyak. jangan fikir sampai dahi kerut. yang pipih tidak datang melayang, yang bulat tidak datang bergolek. pokok juga tidak bergoyang jika tiada angin. (baca dengan ketepikan unsur lain seperti monyet).

aku serius. air mata mana berguna.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

17.7.11

menikus

panda bangkit dari lenanya. bunyi mesin rumput kontraktor pembersihan memang bingit di bawah blok flatnya.

"bagus juga diorang bersihkan kawasan ni, kurang sikit nyamuk", kata panda seorang diri.

dia mencapai tuala. dililitnya di tengkuk. dia berjalan keluar bilik dengan berboxer merah. dia memasangkan tv. macam biasa, rancangan natgeo memang menjadi pilihan.

asyik menonton kari bayron cuba memecahkan mitos kedengaran jeritan perempuan dari bawah blok. ada ular sawa sedang berlingkar di pangkal pokok.

'kawasan ni memang dah lama tak dibersihkan, memang patut kalau ada singa sekali pun', seloroh panda sendirian lagi.

dia pantas bangun. lagak hero. dia kedapur. memanaskan air didalam water heater. tidak mahu membuang masa dia mandi. dasar hero, mana boleh gopoh.

seusai mandi, panda ambil air panas. menuang ke mug putih miliknya. dia bancuh nescafe. kembali duduk disofa dan layan kari bayron lagi.

13.7.11

pandemik

tidur jimran tidak lena. kipas biliknya rosak lagi. dia terjaga. dan sekarang ada bau yang kurang menyenangkan menusuk hidungnya.

seperti biasa, dia memang berani. nekad dia mahu mencari sumber bauan yang kurang enak itu.

dia bangkit dan segera membuka lampu kalimantan bilik nya.

semua tempat di geledah. mana tahu ada bangkai tikus atau cicak yang mati tersepit. lebih berani, dia menjenguk ke luar tingkap. yang ada cuma guni putih bekas kacang ditinggal bawah batang pagar.

'musykil aku, tiada apa.. tapi bau kuat lagi'. bisik hatinya.

dia berfikir panjang. jarinya mula bermain di kawasan hidung. memang tabiatnya kalau berfikir sambil membersihkan kedua lohong udaranya.

jarinya mengorek gorek. matanya terpejam inzal. pepejal hitam likat dikeluarkan. dicalitkannya ke dinding.

sekarang bau itu hilang.

tidurnya bersenyum.